KUALA LUMPUR:Ekonomi Asia-Pasifik (APAC) kini mendahului pemulihan di peringkat global daripada COVID-19, didorong oleh langkah-langkah diambil mengawal pandemik itu, pelonggaran sekatan perjalanan dan peningkatan dalam perdagangan global, kata Moody's Analytics.
Ketua Pakar Ekonomi APAC, Steve Cochrane berkata pemulihan Asia diketuai China dan pemulihan China disebabkan oleh eksport yang berada pada kedudukan sama seperti sebelum penularan COVID-19.
"Kepantasan urus niaga perdagangan antarabangsa China dan peningkatan jumlah import memberi kesan kepada rantau APAC dengan Vietnam, Singapura, Taiwan, Malaysia, dan New Zealand mencatatkan eksport melebihi jumlah direkodkan setahun lepas pada bulan September" katanya dalam laporan bertajuk "APAC Outlook: Next Year Looks Better for Most of the Region" bertarikh 17 November, 2020.
Cochrane berkata walaupun hanya beberapa negara sahaja yang melaporkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 13 November, 2020, antaranya ialah China, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan, masing-masing melaporkan pertumbuhan bagi tempoh suku ke suku.
"Ekonomi APAC telah melakukan yang terbaik untuk mengawal penularan COVID-19 dan ia kembali bersama pemulihan dalam pengeluaran industri serta perdagangan global.
"Selain itu, ia menikmati paras sokongan fiskal dalam kebanyakan negara yang menstabilkan ekonomi mereka dengan menjaga keadaan kewangan perusahaan dan isi rumah supaya mereka dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi," katanya.
Mengenai aliran portfolio, Cochrane berkata para pelabur berkeyakinan terhadap China, manakala Malaysia dan Filipina juga mempunyai aliran hutang positif kumulatif bersih setakat ini bagi tahun 2020.
Beliau berkata seluruh rantau APAC tidak akan pulih sepenuhnya sehingga pemulihan ekonomi global selanjutnya memperluaskan rangkaian perdagangan global yang melibatkan lebih banyak barangan pengguna seperti automotid dan komoditi seperti minyak mentah serta petrokimia.
Beliau berkata pemulihan ekonomi di rantau APAC tidak akan lengkap sehingga pergerakan perjalanan dan pelancongan di peringkat antarabangsa aktif semula.
"Ini akan menjadi proses yang panjang ketika para pegawai melakukan penilaian terhadap langkah-langkah pencegahan kepada kemasukan pengembara dan pelancong dari negara asal mereka," katanya.
Risiko-risiko lain di rantaui ini adalah kesanggupan kerajaan untuk terus memberikan menyediakan sokongan fiskal yang disasarkan kepada isi rumah dan industri yang terjejas akibat wabak itu, katanya.
Bagaimanapun beliau berkata Malaysia, Singapura, Australia dan Jepun memang memiliki program sokongan yang cukup besar, ia secara langsung mensasarkan rumah tangga dan industri yang menghadapi kesukaran.
Walaupun mudah menggambarkan kemampuan rantau APAC untuk mengawal pandemik itu, Cochrane berkata wujud kluster tempatan yang terus menjadi risiko di rantau itu, sebagai contoh kes wabak itu kini meningkat di Malaysia.
"Sekiranya tiada penularan semula jangkitan COVID-19, pelabur berkemungkinan akan memperkukuhkan pasaran baharu di rantau APAC, terutama sekiranya pasaran baharu di Eropah Timur, Amerika Latin dan Afrika terus menghadapi kesukaran dan kesan ekonomi akibat wabak itu," katanya.
"Secara keseluruhan, Cochrane berkata unjuran asas ekonomi di rantau APAC akan mencatatkan pertumbuhan positif pada 2021, China, VIetnam dan Hong Kong akan menjadi menjadi antara negara yang dijangka merekodkan pertumbuhan yang pantas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020
Pemulihan Asia diketuai China dan pemulihan China disebabkan oleh eksport yang berada pada kedudukan sama seperti sebelum penularan COVID-19. - Bernama
Putin jumpa Trump tidak lama lagi?
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan satu pertemuan akan diadakan melibatkan dirinya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Malaysia akan manfaatkan FinTech dalam perjanjian perdagangan ASEAN – Tengku Zafrul
Teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN.
Menteri Luar Austria angkat sumpah sebagai Canselor sementara
Schallenberg akan mengetuai kerajaan sementara sambil meneruskan tugasnya sebagai Menteri Luar sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga
Di sebalik pelbagai kontroversi termasuk dituduh melakukan rampasan kuasa, Maduro akhirnya kembali memimpin Venezuela.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Trump akan menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat dihukum atas pertuduhan jenayah.
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia
Interpol memperkenalkan alat baharu dikenali sebagai Notis Perak bagi mempertingkat usaha mengesan aset milik penjenayah.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Kadar faedah rantau APAC diunjur kekal tinggi tahun ini - Moody's
Moody's berkata, kadar faedah di beberapa negara mungkin akan dinaikkan sekali-sekala untuk mengawal tekanan inflasi yang tidak dijangka.
Kadar faedah AS dijangka terus meningkat tahun ini - S&P Global
Impak kadar faedah tinggi akan lebih dirasai pada separuh kedua tahun ini, yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi di rantau APAC, kecuali China.
Moody's kekal prospek penarafan stabil bagi 13 sistem perbankan APAC, termasuk Malaysia
Kekukuhan permintaan domestik akan memberi sokongan apabila keadaan pasaran kerja bertambah baik.
Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Moody's kekalkan prospek stabil pada sistem perbankan APAC, termasuk Malaysia
Prospek stabil ini disokong oleh pemulihan makroekonomi dan keadaan operasi dalam ekonomi APAC, kualiti aset, modal dan kecairan bank.
Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau APAC tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.
Ekonomi Asia-Pasifik mendahului pemulihan daripada COVID-19 - Moody's Analytics
APAC kini mendahului pemulihan di peringkat global daripada COVID-19, didorong oleh langkah-langkah diambil mengawal pandemik itu.
Tahap kerisauan rakyat Malaysia terhadap pengangguran meningkat - Ipsos Malaysia
Menurut kajian selidik, Ipsos Malaysia, kadar kerisauan pengangguran yang dilakukan menerusi tinjauan dalam talian terus meningkat kepada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada April.