BALIKPAPAN: Syarikat-syarikat Malaysia harus mengambil peluang daripada prospek pelaburan di wilayah Kalimantan Timur, terutamanya di Samarinda dan Balikpapan berhampiran dengan ibu kota baharu Nusantara (IKN) yang akan datang, kata Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.
"Terdapat banyak peluang untuk syarikat-syarikat Malaysia menyumbang kepada pembangunan IKN, seperti dengan menyediakan bahan-bahan binaan," kata beliau kepada Bernama ketika mengetuai delegasi dari kedutaan di Jakarta dan konsulat di Pontianak di sini semalam.
Duta itu kini berada di sini dalam lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini, dan beliau berhasrat untuk meneroka peluang bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.
Beliau juga bercakap tentang usaha untuk meningkatkan kesalinghubungan dalam Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB EAGA), termasuk laluan udara, darat dan laut, serta inisiatif seperti grid tenaga ASEAN.
Ahli-ahli delegasi termasuk Menteri Kedutaan Hairul Reaza Haroun Al Rashid; Atase Pertahanan Brigedier Jeneral Azrin Iskandar Zulkaply; Menteri Kaunselor (Ekonomi) Mohd Najeeb Abdullah dan Konsulat Jeneral Malaysia di Pontianak Konsul Azizul Zekri Abd Rahim.
Pada Isnin, Syed Md Hasrin mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Kalimantan Timur, yang diwakili oleh Setiausaha Wilayah Sri Wahyuni di Samarinda.
Pertemuan itu turut dihadiri wakil daripada Dewan Perniagaan Indonesia (KADIN) Samarinda.
Beliau juga bertemu dengan Datuk Bandar Rahmad Mas'ud, serta Ketua Jabatan Pelaburan dan Perkhidmatan Bersepadu Balikpapan, Hasbullah Helmi di Balikpapan.
Pertemuan itu juga menyaksikan perbincangan yang tertumpu kepada potensi perniagaan, pelaburan dan peluang perdagangan serta bagaimana wilayah itu boleh menjadi pintu masuk kepada IKN.
"Kami berharap dapat bekerjasama secara berkesan dan menemukan peluang-peluang pelaburan baharu," katanya sambil menambah bahawa kedutaan akan meneruskan penglibatannya dengan kerajaan wilayah.
Syed Md Hasrin menyatakan bahawa pelaburan untuk IKN mengalir melalui Balikpapan dalam jangka masa sederhana sebelum IKN mampu untuk berdikari.
Pada masa ini, beberapa syarikat Malaysia telah melabur di wilayah itu, khususnya dalam sektor perladangan kelapa sawit dan telekomunikasi.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan wilayah dan pihak berkuasa tempatan di Samarinda dan Balikpapan kerana menyokong syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan, melayan tetamu kenamaan Malaysia dan menjaga kepentingan pelabur Malaysia," katanya.
Sementara itu, Sri Wahyuni menekankan pentingnya tiga kawasan perindustrian, termasuk Kawasan Perindustrian Kariangau dan Zon Ekonomi Khas Trans Kalimantan Maloy Batuta, yang telah ditetapkan sebagai hab super untuk pelabur, dengan memenuhi pelbagai industri seperti kimia, penggerudian minyak, pemprosesan minyak sawit, mineral, gas dan arang batu.
"Kami mempelawa pelabur-pelabur Malaysia untuk mengambil bahagian di kawasan perindustrian ini," katanya.
IKN akan dirasmikan pada 17 Ogos, 2024 sebagai ibu kota baharu menggantikan Jakarta, yang telah menjadi ibu kota sejak 1945.
Perasmian itu akan bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-79.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Syed Md Hasrin berada di Balikpapan semalam, mengetuai delegasi dari kedutaan di Jakarta dan konsulat di Pontianak, dalam lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Presiden Jokowi mula bertugas di Ibu Kota Nusantara Selasa depan
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mula bertugas di Ibu Kota Nusantara (IKN) selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober depan.

Video orang utan 'gergasi' di Kalimantan Timur tarik perhatian netizen
Video tular seekor orang utan 'gergasi' di bawah pokok di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur telah menarik perhatian meluas pengguna media sosial.

Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur
Beliau berhasrat meneroka peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.

Gempa bumi sederhana landa Kalimantan Barat Indonesia
Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda daerah Mahakam Ulu, Kalimantan Timur Indonesia pada Selasa.

Pembukaan pejabat perdagangan, pelancongan Sarawak di Pontianak buka peluang baharu
Peluang ekonomi di Indonesia cukup besar terutama apabila kerajaan Indonesia memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Putrajaya dirancang teliti, perlu jadi rujukan Nusantara - Bekas menteri Indonesia
Kata Dahlan berkata, banyak hal yang menarik mengenai Putrajaya yang boleh dijadikan rujukan kepada Indonesia.

Hasrat Malaysia bekerjasama dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia disambut baik - Tengku Zafrul
Komuniti perniagaan Indonesia menzahirkan rasa gembira dengan keinginan syarikat Malaysia untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan ibu kota baharu negara itu di Kalimantan.

Sarawak jalin kerjasama dengan Indonesia bangunkan kuasa hidroelektrik di Kalimantan
Kepakaran Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dalam bangunkan kuasa hidroelektrik dapat perhatian kerajaan Indonesia.

Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan akan diperkukuh melalui hubungan bilateral dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI).

"Beban Jakarta sudah terlalu berat" - Jokowi
Pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke daerah Penajem Paser dan sebahagian daerah Kutai Kartangera di Kalimantan Timur berdasarkan beberapa faktor utama.