AYER KEROH:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2021 bagi membolehkan agenda pembangunan kerajaan negeri khususnya dalam mendepani pandemik Covid-19, dapat diteruskan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 yang memperuntukkan sejumlah RM445.86 juta itu dibentang dan dibahaskan selama dua hari sejak semalam membabitkan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di pihak kerajaan dan pembangkang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika menggulung perbahasan berkata, bajet mengurus pada kali ini meningkat susulan langkah kerajaan mengutamakan pemberian kepada rakyat dalam mendepani impak pandemik COVID-19.
“Bajet mengurus meningkat, iaitu belanja operasi sebanyak 74.68 peratus, pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak 12.05 peratus, bantuan kepada rakyat 13.11 peratus dan belanja lain 1.16 peratus.
“Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri menyediakan sejumlah RM27.05 juta manakala bagi tahun 2021 Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM54.54 juta untuk menampung pelbagai inisiatif kepada rakyat,” katanya.
Semalam, Sulaiman membentangkan Belanjawan Negeri 2021 berjumlah RM445.86 juta dengan hasil negeri dianggarkan RM445.96 juta yang mencatatkan lebihan kali ke-17 berturut-turut sejak tahun 2005.
Bertemakan 'Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagiakan Rakyat, Menggamit Dunia', belanjawan surplus tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak RM55.96 juta atau 14.32 peratus berbanding RM390.22 juta pada 2020.
Sulaiman pada ucapan penggulungannya turut mengumumkan peruntukan tambahan secara ‘one-off’ sebanyak RM 60,000 kepada semua 11 Adun pembangkang.
“11 Ahli Yang Berhormat di ‘seberang sana’ pun ‘percaya’ bahawa, belanjawan kali ini amatlah penting, untuk diterjemah dan disampaikan segera inisiatifnya, tatkala negeri ini, malah di serata dunia, masih bergelut dengan penularan pandemik COVID-19.
“Seperti dicadangkan wakil pembangkang, saya setujulah untuk peruntukan ditambah secara ‘one-off’ kepada RM 60,000 bermakna RM 5,000 sebulan pada tahun hadapan,” tambahnya.
Terdahulu, 17 Adun kerajaan menyokong usul dibentangkan Sulaiman manakala 11 Adun pembangkang berkecuali dan persidangan akan bersambung semula esok.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Dec 10 2020

Bertemakan 'Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagiakan Rakyat, Menggamit Dunia', belanjawan surplus tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak RM55.96 juta atau 14.32 peratus berbanding RM390.22 juta pada 2020. - Foto Astro AWANI

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Kerajaan tidak pernah gagal bayar hutang ikut jadual ditetapkan
Kerajaan setakat ini tidak pernah gagal membayar hutang mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.

Tiga lagi peruntukan kementerian lulus di Peringkat Jawatankuasa, dua lagi esok
RUU Perbekalan 2021 untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadualkan pada Rabu ini.

DUN Melaka lulus Belanjawan 2021
Persidangan DUN Melaka hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2021 bagi membolehkan agenda pembangunan kerajaan negeri khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19 dapat diteruskan.

RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan lulus
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan diluluskan dengan undi belah bahagian.

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini
Rubiah minta Perdana Menteri memperincikan lima sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan yang banyak membantu semasa COVID-19.

PH semakin lemah, tiada kerjasama, tiada sefahaman - Penganalisis
Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat berada keadaan lemah susulan pandangan berbeza antara gabungan parti anggota.

Belanjawan 2021: Jawatankuasa Khas dibentuk jika persetujuan gagal dicapai - Penganalisis
Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan perkara yang terperinci di dalam setiap kementerian.

Belanjawan 2021: Sokongan bukti kematangan Ahli Parlimen - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 pada peringkat dasar merupakan bukti kematangan mereka dalam membuat keputusan penting.

Belanjawan 2021: Lulus atau tidak, diketahui hari ini
Pengundian Belanjawan 2021, yang dijadualkan selepas selesai penggulungan oleh Kementerian Kewangan, akan menjadi tumpuan utama persidangan hari ini.

Anwar Ibrahim bahas Belanjawan 2021 esok
Anwar mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.