KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, seiring prestasi mata wang negara sedang pesat membangun lain ketika dolar AS terus mengukuh berikutan trajektori pemulihan selain didorong oleh kenaikan hasil bon negara itu, kata penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.5535/5570 berbanding dolar AS daripada 4.5400/5450, semalam.
Seorang peniaga berkata, kebanyakan mata wang Asia meneruskan penurunan masing-masing berbanding dolar AS hari ini apabila data penggajian swasta terkini Washington terbukti mengatasi jangkaan dengan mencatat peningkatan pada Julai, sekali gus membuktikan daya tahan pasaran tenaga kerja yang berterusan.
Perkembangan itu juga dijangka memastikan kenaikan kadar faedah AS bagi tempoh lebih lama dan membantu meningkatkan pulangan bon negara maju itu.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1876 daripada 3.1824/1861 semalam namun mengukuh berbanding euro kepada 4.9774/9813 daripada 4.9831/9886 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.7679/7724 daripada 5.7994/8085.
Ringgit turut mencatat prestasi sama dari segi perbandingan dengan mata wang negara-negara Asean.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3923/3952 daripada 3.3944/3984 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.22/8.24.
Namun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.2 daripada 299.1/299.6 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1403/1565 daripada 13.2504/2716, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Perkembangan itu juga dijangka memastikan kenaikan kadar faedah AS bagi tempoh lebih lama dan membantu meningkatkan pulangan bon negara maju itu. - Gambar fail/Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dolar AS terus kukuh, ringgit susut hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.5535/5570 berbanding dolar AS daripada 4.5400/5450, semalam.