KUALA LUMPUR: Delegasi lawatan kerja yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Itali baru-baru ini menarik pelaburan langsung asing (FDI) berpotensi bernilai RM3.25 bilion.
Dalam kenyataan pada Selasa, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjelaskan lawatan kerja itu bertujuan memperkukuh hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.
"Hasilnya, beberapa syarikat Itali telah menyatakan minat untuk melabur di Malaysia memandangkan kedudukan strategik negara sebagai pintu masuk ke ASEAN dan rantau Asia Pasifik.
"Keseluruhan lawatan itu juga berjaya menarik FDI berpotensi bernilai RM3.25 bilion, yang dijangka direalisasikan mulai 2023 dan seterusnya," menurut MIDA.
Justeru, MIDA bersedia menggandakan usaha membuka laluan kepada pelabur asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan mereka, jelasnya.
Lembaga itu menambah, ini termasuk pelabur dari Itali yang baru-baru ini dimaklumkan mengenai peluang perniagaan masa depan Malaysia-Itali di samping kerjasama strategik khususnya dalam bidang industri kimia, teknologi hijau, e-Ekonomi, teknologi pintar dan rantaian nilai Revolusi Perindustrian 4.0.
Menurut kenyataan itu, Tengku Zafrul berkata sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menjadi properniagaan, propelaburan dan properdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya bersedia meningkatkan hubungan dengan pelabur yang membawa masuk pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti sekali gus akan membantu mewujudkan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Apa yang penting sekarang adalah menangani semua masalah berulang yang dihadapi pelabur, dalam usaha meningkatkan keseluruhan aspek mudah menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata dari sudut pandang FDI, Malaysia telah dikenali atas lokasinya yang strategik di Asia Tenggara, ekosistem industri yang pelbagai dan kumpulan bakat yang berkelayakan.
Semasa lawatan itu, menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka dan bakal pelabur melalui mesyuarat bersemuka satu dengan satu.
Itali ialah pelabur asing kesembilan terbesar di Malaysia daripada Kesatuan Eropah.
Menurut MIDA sehingga September 2022, sebanyak 77 projek pembuatan dengan penyertaan Itali telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan AS$382 juta (RM1.4 bilion), mewujudkan 4,346 peluang pekerjaan.
Ia menambah, sebagai antara negara yang telah mewujudkan banyak syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia di seluruh dunia, Itali mampu menawarkan banyak teknologi terkini dan kepakaran pendigitalan.
"Justeru, kehadiran syarikat Itali di Malaysia dilihat penting untuk memudahkan pemindahan teknologi bagi mewujudkan lebih ramai pekerja Malaysia berpengetahuan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Semasa lawatan itu, Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka dan bakal pelabur melalui mesyuarat bersemuka satu dengan satu. - Fail/BERNAMA
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Banjir di Kedah makin memburuk
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang mangsa daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
523 mangsa ditempatkan di 10 PPS
Seramai 523 mangsa banjir membabitkan 139 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang. Daerah Seberang Perai Utara mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi membabitkan 351 mangsa daripada 87 keluarga.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
Malaysia jangka pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat
PM beri tempoh tiga bulan kepada MITI untuk kemuka rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM1.65 trilion bagi Jan-Julai 2024
Perdagangan Malaysia bagi tempoh Jauari hingga Julai 2024 meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun berjumlah RM1.652 trilion, nilai tertinggi dicatatkan untuk tempoh itu.
MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah
MITI menjelaskan tindakan itu diputuskan selepas menerima petisyen daripada pengeluar tempatan, Perusahaan Sadur Timah Malaysia (Perstima) Bhd.
Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul
MITI akan mewujudkan langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.
MITI Singapura unjur pertumbuhan KDNK 2024 pada 2.0-3.0 peratus
Singapura mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2024 pada 2.0-3.0 peratus.
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.