Langkah kerajaan memperkenalkan dasar-dasar baru bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang ekonomi dilihat tepat pada masanya.

Pengerusi jawatankuasa agenda ekonomi Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan, jika tiada tindakan diambil, ia boleh memberi kesan kepada ekonomi Bumiputera dalam jangka panjang.

Menurut Abdul Ghani, penekanan dasar baru kali ini perlu dibuat lebih menyeluruh.

Katanya selepas dasar ekonomi baru (DEB) berakhir, prestasi ekonomi Bumiputera dilihat bukan sahaja tidak berubah, malah dikhuatiri menguncup dan beliau percaya dasar baru yang akan diperkenalkan mampu menjamin keadilan sosial yang lebih baik untuk semua masyarakat.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.