KUALA LUMPUR: Dana Permodalan Semula Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM600 juta dalam bentuk ekuiti dilancarkan secara rasmi hari ini bagi usahawan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Dana Permodalan Semula PKS merupakan sebahagian daripada Program Semarak Niaga yang diperkenalkan sewaktu Bajet 2022, bertujuan memastikan pertumbuhan semula PKS, menggalakkan pengembangan perniagaan serta mengawal tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif.
Bertindak sebagai agensi pelaksana, SME Bank memperuntukkan RM200 juta untuk Dana Permodalan Semula PKS, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) RM300 juta manakala Bank Simpanan Nasional menyumbang RM100 juta.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Aria Putera Ismail berkata melalui pelaburan Dana Permodalan Semula PKS, usahawan PKS akan dapat menstrukturkan semula keperluan kewangan perniagaan mereka dan ia dijangka memanfaatkan hampir 600 PKS.
"Ini akan membolehkan usahawan memberikan tumpuan kepada aspek penawaran produk, peningkatan perkhidmatan serta membantu mengembangkan perniagaan mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran dana berkenaan di sini hari ini, yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Suriani Ahmad.
Aria Putera berkata dana tersebut menawarkan pelaburan ekuiti sehingga RM5 juta untuk usahawan yang layak dan ia boleh digunakan bagi keperluan modal kerja dengan tempoh bayaran balik hingga lima tahun dengan anggaran kadar dividen enam peratus setahun.
Sebagai nilai tambah, beliau berkata usahawan yang layak akan mengikuti Program Ekuiti Malaysia yang akan dijalankan oleh Centre for Entreprenur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank yang juga rakan pelaksana program berkenaan.
"CEDAR akan menggunakan Kecerdasan Buatan iaitu emEnterprise Life Cycle Scoring Assessment/em atau ELSA untuk memperoleh laporan tentang kitaran hayat perniagaan usahawan yang terlibat untuk membantu mereka merangka pelan perniagaan terkini dan menetapkan sasaran perkembangan syarikat," katanya.
Usahawan PKS yang berminat untuk mengetahui tentang Dana Permodalan Semula PKS boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-2603 7700 atau layari laman web rasmi www.a href="https://smerecapfund.com"smerecapfund.com/a untuk maklumat lanjut. - Bernama
Bernama
Mon Oct 17 2022
Melalui pelaburan Dana Permodalan Semula PKS, usahawan PKS akan dapat menstrukturkan semula keperluan kewangan perniagaan mereka dan ia dijangka memanfaatkan hampir 600 PKS. - Gambar fail
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.