KUALA LUMPUR: Kegiatan pengambilan untung di tengah-tengah prestasi bursa serantau yang lemah mendorong Bursa Malaysia didagangkan rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata kepada 1,456.73 daripada penutup semalam pada 1,457.60.
Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,456.84, susut 0.76 mata.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 188 berbalas 144, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,751 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 340.33 juta unit bernilai RM127.01 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street diniagakan bercampur-campur semalaman kerana pelabur masih menjangkakan persekitaran kadar faedah yang lebih lama dan mengambil sikap berhati-hati menjelang ucapan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkenaan prospek kadar faedah AS pada Rabu.
Ia menambah minat dagangan di Wall Street juga telah beransur perlahan selepas pasaran saham AS mencatatkan peningkatan selama lapan hingga sembilan hari berturut-turut.
Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS terus turun manakala pelabur akan memantau rapat kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah.
"Justeru, dengan aktiviti perdagangan yang lembap ini, kegiatan pengambilan untung akan terus dilihat dalam ekuiti tempatan," kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikannya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM9.12, RM4.21 dan RM5.77.
Tenaga Nasional susut satu sen kepada RM9.91 dan IHH Healthcare lemah dua sen untuk mencatatkan paras RM5.98.
Bagi saham aktif, Swift Haulage menambah empat sen kepada 59 sen, Puncak meningkat satu sen menjadi 43.5 sen, Classita dan CSH Alliance masing-masing mengembang setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.0 sen, Velesto lemah 1.5 sen kepada 24 sen dan Kinergy tidak berubah pada 33 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.26 mata kepada 10,768.12, Indeks FBMT 100 turun 11.76 mata kepada 10,431.30, dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 12.43 mata kepada 10,987.0.
Indeks FBM 70 turun 40.18 mata kepada 14,246.43, manakala Indeks FBM ACE peroleh 38.95 mata kepada 5,169.05.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.06 mata kepada 173.35, Indeks Perladangan berkurangan 1.99 mata menjadi 6,954.37, Indeks Tenaga lemah 6.24 mata kepada 858.71, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.55 mata kepada 16,363.70.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata kepada 1,456.73 daripada penutup semalam pada 1,457.60. -Gambar fail/Bernama
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.