Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatangani di Santiago, Chile pada Khamis disifatkan tepat pada masanya memandangkan dunia sedang menyaksikan sentimen perlindungan dagangan di beberapa negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia harus menjadi sebahagian daripada sistem ekonomi dunia, dan antara kaedahnya ialah menyertai perjanjian perdagangan di peringkat serantau dan global.
“CPTPP memberi isyarat jelas komitmen kita terhadap sistem dagangan bebas dan terbuka.
“Apa yang dunia perlukan kini adalah aliran dagangan dan pelaburan lebih besar tanpa batasan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, meskipun tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS), Malaysia masih menerima akses pasaran besar daripada CPTPP terutama ke negara Kanada, Peru dan Mexico yang masih belum mempunyai perjanjian dagangan bebas.
“Penyertaan dalam CPTPP juga bakal menambahbaik tadbir urus kita dalam beberapa sektor ekonomi, mengukuhkan kerjasama ekonomi antara negara terlibat dan mempromosi standard dagangan antarabangsa."
Tambahnya, CPTPP juga membantu Malaysia menangani cabaran persekitaran ekonomi global.
“Syarikat Malaysia juga bakal menikmati manfaat besar untuk pengembangan antarabangsa, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia.
“Malah, penduduk Malaysia juga akan menikmati manfaat melalui penyediaan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dalam pasaran,” ujar Mustapa.
Malaysia katanya sudah memulakan langkah pemindaan undang undang berkaitan bagi melengkapkan proses ratifikasi sebelum pelaksanaan penuh CPTPP dijalankan.
Mustapa berkata, dengan termeterainya CPTPP, pihak kementerian kini akan memberi tumpuan kepada Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
CPTPP dimuktamadkan pada 28 Januari, 2018 di Tokyo selepas 8 pusingan rundingan berlangsung sejak awal 2017 pasca penarikan diri AS dari Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
CPTPP ialah perjanjian perdagangan bebas TPP yang disemak semula, selepas AS menarik diri, meninggalkan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam, meraih manfaat menerusi perjanjian besar-besaran itu.
Najib Aroff
Fri Mar 09 2018

Mustapa berkata, dengan termeterainya CPTPP, pihak kementerian kini akan memberi tumpuan kepada Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.