India kelihatannya tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia, terutamanya sekiranya situasi pandemik COVID-19 di Indonesia semakin memburuk dan negara itu mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara pada masa ini.
"Negara itu (India) dijangka meningkatkan pembelian pada bulan-bulan akan datang kerana penghantaran dilaporkan menurun," kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam laporan tinjauan suku kedua minyak sawitnya di negara-negara Asia Selatan.
Bagaimanapun, keadaan sekatan pergerakan ketika ini akan menjadi faktor penentu sama ada kuantiti import yang diperlukan boleh dicapai atau terus menambah kepada keadaan kegawatan sekarang, kata majlis itu.
Di India, jumlah import minyak dan lemak diunjurkan sebanyak 1.0 hingga 1.2 juta tan metrik (MT) sebulan, yang mana bahagian minyak sawit adalah pada 50 peratus.
MPOC berkata Saurashtra Oil Mills Association (SOMA), pertubuhan pekilang minyak kacang tanah terbesar juga menggesa kerajaan India menarik balik sekatan ke atas import minyak sawit ditapis bagi menampung kekurangan besar dalam pasaran minyak boleh dimakan domestik berikutan sekatan pergerakan.
"Ia berkata harga domestik minyak boleh dimakan di negara itu itu dijangka melonjak pada bulan-bulan akan datang sekiranya tiada kelonggaran import minyak sawit ke negara itu," kata majlis itu.
Malaysia ketika ini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebahagian namun industri minyak sawit terus beroperasi berikutan kepentingannya kepada ekonomi negara. Sektor perladangan dibenarkan menyambung semula operasi mereka di samping kilang penapis dan pengeluar minyak masak.
Bagaimanapun, Malaysia tidak boleh berharap mencapai bahagian pasaran import minyak sawit yang sama dalam keadaan sekarang berbanding 45 peratus bahagian pasaran tahun lepas.
Unjuran bagi bahagian minyak sawit Malaysia adalah kira-kira 25 peratus, yang mana hampir dengan bahagian pasaran yang diraih pada 2018.
Pakistan
Bagi Pakistan, dijangka import minyak dan lemak akan mengekalkan momentum semasanya dan melebihi jumlah keseluruhan sebanyak 1.6 juta MT pada akhir Jun 2020.
Pakistan merupakan pengimport bersih minyak dan lemak dengan 90 peratus daripada jumlah keperluan dipenuhi oleh import. Ini adalah alasan utama import Pakistan akan mengekalkan jumlah sedia ada mereka, walaupun berlaku pandemik dan sekatan.
Pada akhir suku pertama 2020, jumlah import minyak makan di Pakistan mencatatkan kemerosotan hanya sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Dalam tempoh sama, stok tempatan di Pakistan mencatatkan penurunan sebanyak 9.5 peratus, yang mengimbangi kemasukan yang lebih rendah.
Kemasukan minyak makan turut dijangka mengukuh pada bulan Mei dan Jun untuk memanfaatkan pelepasan duti sebanyak dua peratus yang telah diumumkan oleh kerajaan Pakistan ke atas import minyak makan untuk tempoh tiga bulan, berakhir 30 Jun, 2020.
"Ia juga penting untuk mengetahui bahawa minyak sawit dan pecahan utamanya menyumbang lebih 95 peratus daripada jumlah import minyak dan lemak di Pakistan," menurut MPOC.
Bahagian pasaran MPO pada masa ini sebanyak 27 peratus dan dijangka Malaysia akan terus mengekalkan paras bahagian ini dan mencecah jumlah eksport sebanyak 450,000 MT pada akhir Jun 2020.
Ini berdasarkan andaian bahawa gangguan semasa di ladang-ladang Sabah tidak akan menjejaskan seluruh situasi bekalan dari Malaysia.
Bangladesh
Menurut majlis itu, data awal daripada sumber tempatan menunjukkan import minyak sawit bagi 1-20 April, 2020 telah menyusut kepada 88,271 MT daripada 130,746 MT untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, import minyak kacang soya mentah meningkat kepada 92,300 MT pada 1-20 April, 2020 berbanding 76,350 MT bagi tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh harga yang kompetitif.
Import minyak biji sawi/kanola pula berjumlah 19,748 MT bagi 20 hari pertama pada April 2020 berbanding sifar import yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas, katanya.
Ia meramalkan penggunaan minyak sawit akan terus terjejas kerana impak pandemik COVID-19 dijangka akan berlarutan sehingga separuh kedua 2020.
"Justeru, kita dapat melihat pengurangan import minyak sawit yang seterusnya pada suku kedua 2020. Kuantum penurunan yang lebih tinggi boleh dijangka memandangkan minyak sawit mempunyai bahagian lebih besar dalam pasaran minyak makan Bangladesh," katanya.
Berdasarkan data perisikan pasaran MPOC Dhaka, MPOC berkata penggunaan minyak sawit sepanjang Ramadan 2020 dijangka turun sebanyak 62 peratus kepada kira-kira 97,000 MT, penurunan mendadak berbanding 255,000 MT pada Ramadan 2019.
Pengurangan ini termasuklah daripada penggunaan isi rumah, industri lelemak/vanaspati (minyak sapi), industri pemprosesan makanan, hotel dan restoran termasuk rangkaian makanan segera serta penjual jalanan.
Destinasi eksport utama
Negara-negara di Asia Selatan menjadi destinasi eksport terpenting bagi minyak sawit Malaysia. Pada penghujung 2019, eksport MSM ke rantau ini mencatatkan rekod sebanyak 5.75 juta tan metrik, peningkatan 36.3 peratus berbanding angka yang dicapai pada 2018.
Lonjakan ini disumbangkan oleh pertambahan dalam eksport yang ketara ke India yang merekodkan jumlah 4.41 juta tan metrik disebabkan oleh kelebihan duti import, merangkumi hampir 77 peratus daripada jumlah eksport MSM ke rantau ini.
Senario ini telah berubah untuk suku pertama 2020. Data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan bahawa bagi tempoh Januari-Mac 2020, eksport MSM ke rantau tersebut telah menurun sebanyak 957,994 tan metrik atau 66.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.
Penyusutan dalam eksport MSM ke India telah menyumbang kepada penurunan keseluruhan dalam jumlah eksport ke rantau berkernaan. Berikutan krisis antara India dan Malaysia pada 2019, India telah mengenakan sekatan ke atas pengimportan minyak sawit yang ditapis ke India.
Sekatan ini menjejaskan eksport minyak sawit dari Malaysia ke dalam negara itu
Indonesia kemudiannya memenuhi permintaan tambahan yang datang dari India sejak awal 2020, penguasaan MSM sebaliknya mula meningkat dalam pasaran seperti Pakistan dan Bangladesh.
Import minyak sawit dari Malaysia telah meningkat disebabkan pembekal Malaysia mampu menawarkan harga yang kompetitif kepada pembeli tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Di India, jumlah import minyak dan lemak diunjurkan sebanyak 1.0 hingga 1.2 juta tan metrik (MT) sebulan, yang mana bahagian minyak sawit adalah pada 50 peratus. - Gambar hiasan
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.