KUALA LUMPUR: Coca-Cola Malaysia memeterai perjanjian konsesi minuman baharu dengan rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang telah terjalin sejak tiga dekad.
Ketua pegawai eksekutif Bottling Investments Group bagi Singapura, Malaysia, dan Brunei Louis Balat Joseph, berkata kerjasama yang diperbaharui itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.
Bottling Investments Group merupakan anak syarikat The Coca-Cola Company.
"Kerjasama ini telah dibina selama 36 tahun dan berdasarkan kepada kepercayaan antara satu sama lain dan untuk terus membangunkan penyelesaian bagi pengguna kami.
"Apa yang baharu ialah hasrat kami untuk terus berinovasi dalam komitmen kami untuk memberi keutamaan kepada pengguna kami dalam apa jua yang kami lakukan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis permeteraian perjanjian itu, di sini, hari ini.
Beliau berkata perjanjian kerjasama baharu itu akan berakhir sehingga Mac 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee berkata kerjasama yang diperbaharui dengan Coca-Cola Malaysia itu menandakan satu pencapaian yang penting dalam sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat.
"Kami mempunyai 12 hingga 14 pawagam baharu yang akan mula beroperasi dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Kami telah membuka kira-kira tiga pawagam setiap tahun.
"Jadi tahun ini kami telah berkembang di IOI Putrajaya dan membuka lima pawagam, manakala lapan pawagam lagi akan dibuka pada Mei," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Kerjasama yang diperbaharui dengan Coca-Cola Malaysia menandakan satu pencapaian yang penting dalam sebahagian daripada strategi pertumbuhan GSC.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Coca-Cola tarik balik minuman di Eropah
Coca-Cola menarik balik beberapa produk yang dijual di beberapa negara Eropah selepas tahap klorat yang tinggi dikesan.

Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.

Coca-cola perluas kemudahan sedia ada di Nilai
Syarikat minuman, Coca-Cola yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dan merancang untuk terus melabur di negara ini.

Coca-Cola nafi botol aluminium edisi terhad UEFA Euro 2016 mengandungi alkohol
Bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan.

'Gila' redah kedai kopi kampung demi poster iklan Coca-Cola
Sam Hew, anak Kemaman,Terengganu sanggup meredah pelbagai kampung di pelbagai daerah demi untuk memenuhi 'kegilaannya' terhadap Coca-Cola.