Coca-Cola Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol.
Ia berkata walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, "bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.
"Ini termasuk negara-negara yang Islam adalah agama utama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Ia berkata syarikat memahami pasaran tempatan dan mengiktiraf dan menghormati kepentingan meyakinkan pengguna Islam bahawa produknya mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat supaya pengguna boleh meminumnya tanpa ragu-ragu.
Kenyataan itu berkata Coca-Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah.
"Untuk mendekatkannya dengan peminat bola sepak dan pengumpul di Malaysia, Coca-Cola Malaysia telah mengimport barangan ini untuk dijual untuk masa yang terhad di kedai-kedai terpilih di negara ini," kata kenyataan itu.
Ia berkata sebagai syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Company telah dan akan terus mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat, memastikan kebersihan dan pematuhan kualiti untuk semua produknya.
Bernama
Thu Jun 23 2016

Pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara secara konsisten mengiktiraf Coca-Cola sebagai produk tanpa alkohol. - Foto Coca-Cola France

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.

Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.

Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.

21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.

Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.

Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.

Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.