KUALA LUMPUR:Malaysia ke arah menjadi Bandar Pintar dengan teknologi canggih untuk meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup rakyat negara ini serta keselamatan dan kesihatan awam pada era Cities 4.0, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata teknologi canggih bersepadu merangkumi perkhidmatan bandar seperti ketersambungan 5G, ekonomi tanpa tunai, pengangkutan awam berautonomi, penghantaran dron, bangunan cekap tenaga, rawatan air dan pengurusan sisa yang pintar, sistem pengesanan dan penjejakan berorientasikan Internet benda (IoT).
"Penekanan ke arah menjadikan bandar Malaysia sebagai bandar pintar adalah satu daripada penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12, mempunyai bandar-bandar lestari dan sedia menghadapi bencana adalah penting kerana kita menuju ke arah Revolusi Industri 4.0.
"Tujuan saya adalah untuk menangani semua cabaran dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar dengan menggunakan penyelesaian dan teknologi inovatif lagi praktikal serta membangunkan sistem yang tahan lasak dan efisien di bandar-bandar kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada edisi ketiga Persidangan dan Pameran Cities 4.0 2020 secara maya yang dianjurkan bersama oleh Confexhub Group dan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dari 12 hingga 15 Okt.
"Walaupun Bandar Pintar adalah konsep yang telah wujud hampir 30 tahun, ia merupakan proses berterusan kerana pembangunan bandar pintar terus berubah dengan cabaran baharu dihadapi oleh kawasan perbandaran, manakala idea, teknologi dan penemuan baharu muncul dengan kerap," katanya.
Ekosistem Bandar Pintar yang tepat akan menyokong daya saing ekonomi seperti dapat mengintegrasikan e-dagang ke dalam perniagaan, mewujudkan peluang dan pekerjaan digital, kesediaan digital dalam kalangan rakyat dan membangunkan model sosial yang mempromosikan perpaduan sosial bagi menggalakkan amalan persekitaran yang lestari.
Beliau berkata cabaran baharu yang dihadapi bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan penyelesaian baharu untuk setiap sektor termasuk perumahan, kesihatan, infrastruktur, pengangkutan, penggunaan tanah dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan ekonomi setelah krisis COVID-19 yang dihadapi dunia.
Bandar pintar menangani pelbagai masalah seperti pengangkutan yang efisien, bangunan dan kediaman pintar, penggunaan tenaga optimum dan perkhidmatan pentadbiran yang lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020
ZURAIDA: Tujuan saya adalah untuk menangani semua cabaran dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar dengan menggunakan penyelesaian dan teknologi inovatif lagi praktikal. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.