Changlun Kedah berpotensi menjadi hab utara bagi pembuatan aeroangkasa.

Changlun yang kini telah pun menjadi pusat operasi bagi anak syarikat Boeing, Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd (ACM) memiliki banyak peluang untuk menarik lebih ramai syarikat berkaitan aeroangkasa khususnya yang mahu membekalkan komponen dan bahan material kecil kepada ACM.

Kenyataan berkenaan disuarakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir selepas merasmikan seminar "Peluang Pelaburan Dalam Industri Aeroangkasa di Malaysia .

Mukhriz berkata tidak seperti industri penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) aeroangkasa yang perlu berada berdekatan dengan sesebuah lapangan terbang, pembuatan komponen dan bahan material boleh terletak di mana-mana sahaja.

Ketika in, terdapat dua hab aeroangkasa di Malaysia iaitu di Subang dan Sepang, Selangor.

Mukhriz berkata kerajaan juga berminat membina pusat latihan di kawasan Changlun untuk melatih tenaga kerja bagi menyediakan kepada permintaan daripada industri aeroangkasa.