JITRA: Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun, dekat sini pada Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah ACP Mohd Taufik Maidin berkata bertindak atas maklumat awam, pihaknya menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di hadapan rumah itu kira-kira 11.15 malam.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut di dalam beg galas lelaki itu menemukan lapan bungkusan plastik lut sinar yang berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.
"Susulan tangkapan itu, polis menahan wanita berusia 20 tahun iaitu isteri kepada lelaki berkenaan di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah kedai sekitar kawasan perumahan itu.
"Pasangan berkenaan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan polis turut menyita sebuah kereta serta sejumlah barang kemas bernilai RM152,214 daripada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap Methamphetamine dan mereka direman hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Mohd Taufik berkata pihaknya turut berjaya membongkar satu aktiviti memproses dadah jenis heroin di sebuah rumah dekat Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani selepas menahan dua lelaki pada Khamis.
Beliau berkata kedua-duanya yang berusia 36 dan 53 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Gelong Rambai, Padang Limau, Tunjang, di sini kira-kira 7 malam dan pemeriksaan menemukan dadah jenis heroin seberat 4.607 kg di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan dinaiki mereka.
Menurut Mohd Taufik, hasil soal siasat terhadap mereka, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah sejak sebulan lepas.
"Pemeriksaan menjumpai satu peket lut sinar mengandungi 22 biji pil yaba, satu peket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis kafein seberat 307 gram, satu plastik warna merah mengandungi dadah kafein seberat 659 gram, satu bekas plastik mengandungi heroin seberat 6.711 kg dan lima ketulan mampat ganja seberat 5.088 kg, kesemuanya dianggar bernilai RM71,500.
"Turut dirampas pelbagai peralatan memproses dadah seperti dapur elektrik, penimbang digital, cecair bahan kimia dan mesin pembungkusan elektronik," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun.
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.
Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.
Polis rampas lebih 10kg syabu disembunyikan dalam tayar ganti, tahan dua warga asing
Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan.
'Tokan' dadah lolos diri dari polis akhirnya dicekup
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Perlis jam 10.30 malam.
Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.
Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.
Polis Sarawak rampas syabu RM1.89 juta, remaja 18 tahun ditahan
Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif dadah.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.
Tiga lelaki ada 10 rekod lampau, ditahan miliki heroin dan syabu
Polis menahan tiga lelaki yang keseluruhannya memiliki 10 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, serta merampas sejumlah dadah menerusi serbuan di kawasan kediaman di sekitar Kempas.