KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) di Pelabuhan Kansas City, Missouri merampas 4.68 juta sarung tangan getah yang dibuat oleh anak syarikat Top Glove Corporation Bhd.
CBP berkata anggaran nilai penghantaran itu sebanyak US$690,000 (RM2.85 juta).
"Pegawai CBP merampas penghantaran itu berikutan maklumat menunjukkan bahawa sarung tangan tersebut telah dibuat oleh buruh paksa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pengarah Pelabuhan Kansas City Steven Ellis berkata berdasarkan rampasan itu dibuat di kawasan tengah Amerika, ia menunjukkan import yang didakwa dihasilkan oleh buruh paksa memberi kesan kepada semua orang di seluruh negara.
"CBP tidak akan bertolak ansur dengan buruh paksa dalam rantaian bekalan AS," katanya.
Pada 29 Mac lepas, CBP berkata pihaknya telah mengarahkan kakitangan di semua pelabuhan masuk di AS untuk mula merampas sarung tangan pakai buang yang dihasilkan di Malaysia oleh Top Glove.
BACA: Top Glove perbaiki lima petunjuk buruh paksa - Pengarah Urusan
BACA: Top Glove perjelas tiada isu baharu berkaitan buruh paksa ditemukan
"Penghantaran di Kansas City dirampas selepas pemeriksaan oleh pegawai CBP menunjukkan sarung tangan itu telah dihasilkan di Malaysia oleh sebuah anak syarikat Top Glove," katanya.
Pada 29 Mac lepas, CBP telah mengeluarkan dapatan mengenai buruh paksa berdasarkan bukti yang didakwa mempunyai banyak petunjuk buruh paksa dalam proses pengeluaran Top Glove, termasuk ikatan hutang, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal serta penahanan dokumen pengenalan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Pada 29 Mac lepas, CBP berkata pihaknya telah mengarahkan kakitangan di semua pelabuhan masuk di AS untuk mula merampas sarung tangan pakai buang yang dihasilkan di Malaysia oleh Top Glove. - Gambar fail/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.

CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.

CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.