KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melancarkan penyelesaian ketersambungan universal yang dinamakan sebagai 'Bursa Connectivity Services' yang membolehkan pengguna global mengakses kumpulan data dengan cepat dan lancar.
Menurut Bursa Malaysia, 'Bursa Connectivity Services' menghubungkan pihak beli dan jual, vendor maklumat serta pembekal penyelesaian pihak ketiga.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata inisiatif baharu ini akan mewujudkan kumpulan pelabur antarabangsa yang lebih besar untuk Bursa Malaysia.
"Ia akan membolehkan lebih ramai pelabur global memperoleh akses yang lebih besar kepada pasaran kita, menghapuskan halangan dan membolehkan mereka lebih menyedari sekali gus meningkatkan minat pelabur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ini adalah kali pertama produk sedemikian ditawarkan oleh bursa, yang menyediakan liputan menjangkau lebih 900 pusat data di 32 negara merangkumi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Menerusi penyelesaian ini, pengguna akan dapat mencipta produk kewangan baharu, menganalisis peluang perdagangan dan memenuhi permintaan pelabur yang semakin meningkat.
Muhamad Umar berkata pada 2021, Bursa Malaysia menyumbang AS$200 bilion kepada jumlah nilai dagangan global.
"Melalui penyelesaian sambungan baharu ini, kita akan lebih disedari oleh pasaran global memandangkan data kita akan lebih mudah didapati dan boleh diakses, sekali gus membolehkan aliran perdagangan yang lebih baik," katanya.
Pengarah Perisikan Bursa, Wong Chiun Chiek berkata sejak tiga tahun lepas, perniagaan data Bursa Malaysia telah berkembang daripada mengurus data 'sebagai-perniagaan' kepada mandat yang lebih strategik menggunakan data dan keupayaan digital untuk memacu inovasi baharu dan memberi impak inovasi dalam bidang, yang bertujuan mencipta nilai bagi industri seperti agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pasaran.
"Keupayaan yang baru diperoleh ini akan melonjakkan cita-cita kami untuk mempelbagaikan saluran perniagaan dan menjangkau segmen pelanggan baharu.
"Peluang ini juga berperanan sebagai sumber hasil bukan dagangan baharu untuk bursa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Datuk Muhamad Umar Swift berkata inisiatif baharu ini akan mewujudkan kumpulan pelabur antarabangsa yang lebih besar untuk Bursa Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
ASEAN-Malaysia 2025 [2/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Aktiviti buru saham pacu kenaikan FBM KLCI, jejak prestasi serantau dan Wall Street
Pada jam 5 petang, indeks penanda aras itu menokok 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.47.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
Bursa Malaysia bermula lemah di hari pertama dagangan 2025
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,636.91, turun 5.42 mata daripada 1,642.33 ketika ditutup pada Selasa.