KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengalami lantunan terlebih jual minggu depan setelah pembetulan ketara yang dilihat sejak tiga bulan lepas, dengan bergerak dalam julat 1,450 hingga 1,480, kata peniaga.
Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana, Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata dalam melangkah ke hadapan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran dijangka meningkat semula lebih tinggi susulan aktiviti pembelian semasa harga rendah memandangkan pelabur kembali membuat keputusan pelaburan untuk membeli saham berharga tinggi dan rendah.
"Saya akan mengatakan ini sebagai lantunan terlebih jual kerana indeks telah mengalami keadaan terlebih jual sejak tiga bulan lepas, di mana bursa tempatan rendah selama 10 daripada 12 minggu. Ini dianggap sebagai terlalu terlebih jual.
"Bagaimanapun, pasaran kita keseluruhannya mengatasi pasaran serantau yang lain. Ini bermakna pembetulan kita adalah rendah kerana data ekonomi kita masih berdaya tahan. Perbelanjaan pengguna masih kukuh," katanya kepada Bernama.
Lantunan terlebih jual merujuk kepada kenaikan kukuh berterusan harga sekuriti selepas jualan yang dianggap terlalu teruk. Semasa lantunan terlebih jual, harga sekuriti dengan cepat meningkat ke tahap sejajar dengan penilaiannya.
Nazri Khan juga berkata Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat, disokong oleh angka Indeks Harga Pengguna (IHP) negara, yang meningkat 2.8 peratus tahun ke tahun kepada 126.6 pada Mei 2022 berbanding dengan 123.1 pada Mei 2021.
"Kita secara relatifnya adalah lebih baik dari segi data ekonomi, sentimen dan pergerakan FBM KLCI kerana didorong oleh saham komoditi yang menyokong pasaran saham kita yang luas, terutama (berkaitan dengan) minyak mentah," katanya.
Beliau berkata terdapat banyak peluang untuk dimanfaatkan memandangkan saham dilihat lebih murah dan dividen lebih tinggi, ditambah pula dengan banyak pemangkin untuk meredakan penurunan ketara walaupun pasaran mungkin menyaksikan aliran menurun dalam jangka masa sederhana.
Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, bursa tempatan mencatatkan prestasi bercampur-campur ekoran tekanan jualan yang tinggi dan sentimen pelabur berhati-hati terhadap kebimbangan mengenai inflasi apabila sentimen pasaran bertambah baik di seluruh rantau.
Pada Jumaat, FBM KLCI meningkat 5.65 mata atau 0.39 peratus kepada 1,436.70 daripada 1,431.05 ketika ditutup pada Khamis.
Berasaskan mingguan, indeks penanda aras itu turun 20.04 mata daripada 1,456.74 yang dicatatkan pada akhir minggu lepas.
Di papan indeks, Indeks FBMT100 merosot 138.83 mata kepada 9,998.18; Indeks FBM Emas Shariah turun 111.85 mata kepada 10,414.64; Indeks FBM Emas kurang 140.48 mata kepada 10,257.39; FBM ACE menguncup 64.09 mata kepada 4,769.89 dan FBM 70 susut 170.26 mata kepada 12,444.15.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 300.50 mata kepada 6,917.73; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 3.03 mata kepada 183.37 manakala Indeks Tenaga kurang 42.40 mata kepada 677.49.
Indeks Perkhidmatan Kewangan pula susut 341.39 mata kepada 15,964.45; Indeks Penjagaan Kesihatan menguncup 20.07 mata kepada 1,649.74 dan Indeks Teknologi turun 0.38 mata kepada 62.62.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 12.96 bilion unit bernilai RM8.49 bilion daripada 13.95 bilion unit bernilai RM11.06 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 7.81 bilion saham bernilai RM7.07 bilion daripada 8.34 bilion saham bernilai RM9.84 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan waran sebanyak 2.41 bilion unit bernilai RM1.41 juta berbanding dengan 2.64 bilion unit bernilai RM468.76 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 2.73 bilion saham bernilai RM907.96 juta daripada 2.95 bilion saham bernilai RM745.40 juta minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Nazri Khan berkata, terdapat banyak peluang untuk dimanfaatkan memandangkan saham dilihat lebih murah dan dividen lebih tinggi. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pertumbuhan KDNK 4.0 hingga 5.0 peratus masih boleh dicapai tahun ini - Ahli ekonomi
Kemajuan peringkat global boleh menimbulkan kesan domino terhadap Malaysia walaupun unjuran pertumbuhan ekonomi suku ketiga 2023 adalah rendah.
Bursa Malaysia dijangka alami lantunan terlebih jual minggu depan
FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran dijangka meningkat semula lebih tinggi susulan aktiviti pembelian semasa harga rendah.
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Dr Nazri Khan Adam Khan berkata barometer pasaran dijangka merosot kepada paras sokongan 1,580 mata pada minggu depan didorong oleh kelemahan global.
Kajian Separuh Penggal RMK11 dijangka tumpu jajaran semula matlamat awal
Malah, pakar ekonomi berpendapat, antara perkara utama yang diberi tumpuan adalah aspek penjajaran semula matlamat dan objektif awal yang dicapai dalam tempoh dua setengah tahun lepas.
Shahril berkelayakan terajui Khazanah
Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkelayakan dan sesuai untuk menerajui Khazanah Nasional Bhd, memandangkan pengalaman luas dan kepakarannya dalam menguruskan pelaburan.
Ringgit diunjur rendah berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit berkemungkinan diniagakan rendah berbanding dolar AS minggu depan berikutan kelemahan ekonomi global yang berterusan serta kekurangan rangsangan hasil tindakan pihak Rizab Persekutuan AS.
Ringgit dijangka kekal turun naik minggu depan
Ringgit dijangka kekal turun naik minggu depan berikutan ketidaktentuan mengenai kenaikan kadar faedah AS ketika harga komoditi terus lemah, kata peniaga.