Ringgit berkemungkinan diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan kelemahan ekonomi global yang berterusan serta kekurangan rangsangan hasil tindakan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi menyokong pasaran, kata penganalisis.
"Ekonomi global berdepan tekanan akibat ketidaktentuan yang berterusan disebabkan harga minyak mentah serta risiko pendedahan sektor perbankan Eropah terhadap bon berkaitan minyak," kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, walaupun Pengerusi Fed, Janet Yellen mengakui bimbang mengenai pelaksanaan syarat kewangan lebih ketat serta risiko turun naik pasaran baru-baru ini, pasaran sebaliknya lebih tertumpu kepada kemelut negara maju yang mencatat pertumbuhan rendah.
Bagaimanapun, Nazri mengunjurkan ringgit berkemungkinan diniagakan sekitar paras 4.100 berbanding dolar AS minggu depan susulan jangkaan harga minyak mentah yang lebih tinggi serta peningkatan semula minat terhadap ringgit.
Pada minggu lepas, pasaran global menyaksikan harga minyak naik hampir lima peratus berikutan laporan bahawa pengeksport mungkin mengurangkan pengeluaran masing-masing.
"Jika harga minyak mentah global terus pulih, ia akan mendorong ringgit mencecah paras 3.95," katanya.
Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, diniagakan pada US$31.43 setong, iaitu peningkat sebanyak US$1.37 atau 4.56 peratus.
Pada minggu singkat akibat cuti umum ini, ringgit diniagakan rendah kepada 4.1650/1750 daripada 4.1520/1620 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas yang sebahagian besarnya disebabkan ketidaktentuan ekonomi global serta pergerakan harga minyak mentah dunia.
Pasaran tukaran asing pula ditutup pada 8-9 Feb bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Unit tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9831/9918 daripada 2.9672/9754 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.6979/6081 daripada 3.5514/5612.
Ringgit juga rendah berbanding pound British kepada 6.0422/0583 daripada 6.0312/0478 dan merosot berbanding euro kepada 4.6973/6102 daripada 4.6469/6598, pada Jumaat lepas.
Bernama
Sat Feb 13 2016
Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, diniagakan pada US$31.43 setong, iaitu peningkat sebanyak US$1.37 atau 4.56 peratus. - Gambar fail
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Hubungan AS-China perlu dipertingkat untuk atasi perubahan iklim - Setiausaha Perbendaharaan AS
Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menggesa agar hubungan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China dipertingkatkan bagi menangani perubahan iklim dan ancaman global lain.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, CI merosot 0.8 peratus
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari negara-negara Kumpulan Tujuh diminta menyokong sepenuhnya pelan fiskal bagi meningkatkan pemulihan ekonomi yang berkekalan.
Biden bertemu pemimpin perniagaan bincang ekonomi AS
Biden mengemukakan rancangan bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion sebagai tindak balas segera terhadap wabak.
Saham di Bursa AS ditutup tinggi
Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup pada paras tertinggi dalam rekod pada Isnin dengan prospek pelan rangsangan akan dilaksanakan.
Joe Biden yakin pasukannya mampu bina semula ekonomi
Ekonomi Amerika bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan tanpanya, perniagaan kecil dan sederhana tidak akan berkembang dan akan membuang pekerja.
Pentadbiran Joe Biden bakal dianggotai ramai wanita, orang kulit berwarna
Perkara itu menjadikan pentabiran Biden berbeza dengan pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini yang majoritinya diwakili lelaki berkulit putih.
Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya
Senat Amerika Syarikat telah mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan berikutnya.
Rizab Persekutuan AS bayangkan kenaikan kadar faedah
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, menerusi ucapan pengerusi Janet Yellen membayangkan akan berlaku kenaikkan kadar faedah di negara itu dalam masa terdekat.