Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen hari ini, dijangka tidak hanya memperincikan pencapaian pelan pembangunan itu dalam tempoh terbabit tetapi turut menggariskan keutamaan kerajaan baharu bagi mengemudi kemajuan Malaysia.
Malah, pakar ekonomi berpendapat, antara perkara utama yang diberi tumpuan adalah aspek penjajaran semula matlamat dan objektif awal yang dicapai dalam tempoh dua setengah tahun lepas.
Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) Dr Kamarudin Nor berkata pihaknya mengunjurkan trajektori pertumbuhan tempoh berbaki RMK11 yang lebih rendah berikutan ketidaktentuan di peringkat luaran selain pertumbuhan global yang lebih menyederhana.
"Kajian Separuh Penggal itu turut memberi peluang kepada kerajaan untuk meneruskan dan mengutamakan bidang tumpuan seperti mempelbagaikan sumber pendapatan, pengoptimuman perbelanjaan serta pengurusan hutang secara cekap," katanya kepada Bernama.
Sambil mengakui langkah menseimbangkan keperluan meneruskan objektif pertumbuhan dan disiplin fiskal sebagai sukar namun penting, beliau menjelaskan, kajian itu turut memberi peluang kepada kerajaan untuk menumpukan aspek pembaharuan institusi serta struktur.
Sementara itu, menyentuh perspektif pasaran saham, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan menyifatkan Kajian Separuh Penggal RMK11 itu sebagai pemangkin yang mampu merangsang keyakinan para pelabur, khususnya pelabur asing.
"Kami menjangkakan akan ada dasar serta insentif baharu, khususnya dalam usaha melonjakkan pelaburan langsung asing (FDI) bagi memastikan Malaysia terus kekal menarik sebagai destinasi pelaburan global.
"Pada masa sama, kami turut menjangkakan perubahan dasar kerajaan terdahulu, Barisan Nasional yang lebih menumpukan kepada industri berintensif buruh serta pembangunan projek-projek mega," katanya.
Sehubungan itu, Nazri Khan berpendapat, kerajaan baharu ini akan memasukkan beberapa elemen manifesto Pakatan Harapan ke dalam RMK11 berkenaan seperti industri teknologi tinggi dan kurang berintensifkan buruh.
"Bagi saya, tumpuan itu lebih kepada industri berintensifkan mesin dan modal manakala sektor teknologi tinggi, inovatif dan berasaskan pengetahuan diberi keutamaan," katanya.
Malah, kerajaan baharu itu juga dijangka mengumumkan lebih banyak dasar bagi menangani peningkatan kos sara hidup serta kadar pengangguran.
Bagi kemajuan masa depan, Nazri Khan berkata, lebih banyak pengecualian cukai khas bagi industri berkaitan pelaburan, khususnya untuk pelabur asing berkemungkinan besar akan turut diperkenalkan.
"Insentif sedemikian diharapkan dapat menampung peningkatan aliran keluar dana asing sejak enam bulan lepas," katanya.
RMK11 yang dilancarkan pada 21 Mei 2015, merupakan pelan pembangunan lima tahun Malaysia dalam usaha mencapai sasaran Wawasan 2020.
Ia digubal berdasarkan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berpaksikan rakyat dan modal menerusi pelaksanaan projek berimpak tinggi.
Bersandarkan prinsip yang meletakkan rakyat sebagai paksi dan keutamaan, RMK11 juga bermatlamat menyediakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi merealisasikan Wawasan 2020 serta mencapai pembangunan penuh di Malaysia.
Produktiviti dan inovasi merupakan asas pelan pembangunan itu berdasarkan enam teras strategik iaitu inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju, menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan daya saing, memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pembangunan ekonomi serta memperkasa pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan kemakmuran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11 2016-2020 di Parlimen hari ini.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.