KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula dengan ketiga-tiga indeks utama AS menunjukkan peningkatan pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.99 mata kepada 1,439.69 daripada 1,436.70 berbanding penutup urus niaga Jumaat lepas..
Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 2.12 mata lebih tinggi pada 1,438.82.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 198 berbalas 99, manakala 189 kaunter tidak berubah, 1,822 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 169.15 juta unit bernilai RM58.65 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah, Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) melonjak 823 mata manakala Nasdaq menambah 375 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat kepada hampir 3.14 peratus pada Jumaat lepas.
Di pasaran tempatan, memandangkan FBM KLCI telah kembali meningkat secara sederhana, didorong oleh kemunculan kegatan memburu saham berharga murah serta prestasi kukuh Wall Street pada Jumaat, ia menjangkakan pasaran serantau mengambil kesempatan ini untuk mengikuti trend ini.
"Begitu juga dengan bursa tempatan hari ini. Justeru, kami mengunjurkan indeks penanda aras akan berada dalam aliran antara 1,430-1,445 hari ini," kata Thong kepada Bernama.
Bagi komoditi, beliau menambah harga sawit mentah melantun semula kepada hampir paras RM4,900 satu tan metrik manakala minyak mentah Bent ditutup lebih tinggi pada AS$113 setong.
Malacca Securities pula berkata sektor yang menjadi tumpuan hari ini mungkin menyaksikan sektor teknologi terus meningkat berikutan kerancakan semalaman di Nasdaq, begitu juga dengan sektor seperti amanah pelaburan hartanah (REIT) serta sektor pengguna sebagai pertaruhan yang lebih selamat.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.64 dan Public Bank menambah satu sen kepada RM4.44.
Petronas Chemicals turun tujuh sen menjadi RM9.18, CIMB susut satu sen kepada RM4.89 dan Tenaga lemah lima sen kepada RM8.14 manakala IHH tidak berubah pada RM6.42.
Bagi saham aktif, Green Packet dan Reach Energy masing-masing meningkat satu sen kepada 7.5 sen dan 9.5 sen, manakala Cypark Resources dan ATA IMS, setiap satu menokok 1.5 sen kepada 48 sen dan 35.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 34.37 mata kepada 10,291.76, FBM 70 naik 88.00 mata menjadi 12,532.15, Indeks FBM Emas Syariah menambah 27.47 mata kepada 10,442.11, Indeks FBMT 100 mengembang 32.61 mata kepada 10,030.79 sementara FBM ACE naik 44.98 mata kepada 4,814.57.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 60.58 mata kepada 16,025.03, manakala Indeks Perladangan naik 0.69 mata kepada 6,918.42 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.33 mata kepada 183.70.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 198 berbalas 99. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.