KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki kebanyakan bursa serantau selepas prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur meneliti keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk mengekalkan kadar faedah utamanya.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah satu mata kepada 1,574.97.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 235 berbanding 124 manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,660 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 130.91 juta unit bernilai RM66.88 juta.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu sempena cuti Hari Pekerja.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dalam kenyataan pada Rabu, Fed mencadangkan walaupun penurunan kadar mungkin langkah seterusnya, kemajuan berterusan untuk inflasi AS masih tidak menentu.
Dow Jones naik hanya 87 mata (0.20 peratus) untuk ditutup di bawah paras 38,000, bagaimanapun saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) menghadapi kesukaran berikutan beberapa syarikat AI terkemuka melaporkan pendapatan yang kurang menggalakkan, menyebabkan Nasdaq merosot 52 mata untuk ditutup kepada 15,605.
Thong berkata dagangan rendah di rantau Asia.
"Di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung. Walaupun terdapat penurunan selepas mencatatkan kenaikan, kami melihat pembetulan ini sebagai konsolidasi yang baik untuk mengekalkan trend meningkat.
"Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,580 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.76, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.17, CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM6.59 dan RM11.94 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.33.
Bagi saham aktif, SNS naik dua sen kepada 38.5 sen, Eversendai meningkat satu sen kepada 39.5 sen manakala Sapura Energy, Iconic Worldwide dan MyEG, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, 10.5 sen dan 93.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.29 mata kepada 11,860.97, Indeks FBMT 100 merosot 10.92 mata kepada 11,491.81 dan Indeks FBM 70 jatuh 24.44 mata kepada 16,596.81.
Indeks FBM ACE merosot 9.35 mata kepada 5,067.35 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 21.95 mata kepada 12,063.99.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.82 mata kepada 17,238.97 dan Indeks Perladangan menambah 3.88 mata kepada 7,440.64 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.12 mata kepada 189.02 dan Indeks Tenaga berkurangan 12.19 mata kepada 963.47.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar tahun sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Bursa Malaysia terus catat kenaikan dalam dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini walaupun prestasi Wall Street yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.