UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut

Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.

Astro Awani
Semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dilaporkan terkorban dalam nahas itu. - Foto REUTERS

Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz

Mon May 20 2024

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS), Pir-Hossein Kolivand mengumumkan bahawa jasad Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dan mangsa nahas helikopter yang lain sedang dibawa ke Tabriz, barat laut Iran.

Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur, tempat persemadian para syuhada Tabriz, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) yang memetik kenyataan Kolivand dalam siaran televisyen pada Isnin.

BERITA PENUH DI SINI

Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara

Mon May 20 2024

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam nahas helikopter di barat laut Iran. Beliau juga telah meluluskan pelantikan Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara.

Dalam mesej pada Isnin yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi Iran, Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.

BERITA PENUH DI SINI

Israel tidak terlibat dalam tragedi helikopter terhempas

Mon May 20 2024

Israel tidak terlibat dalam tragedi helikopter Iran Presiden Ebrahim Raisi, kata sumber yang rapat dengan Israel. 

"Bukan kami," kata sumber berkenaan yang tidak mahu dipetik dalam laporan Reuters. 

Pemimpin tertinggi Iran isytihar tempoh berkabung lima hari

Mon May 20 2024

BREAKING

Ayatollah Khamenei has announced 5 days of national mourning following the tragic death of President Raisi pic.twitter.com/e8hVMwkZFe

— Iran Observer (@IranObserver0) May 20, 2024

Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah

Mon May 20 2024

Kerajaan Iran telah mengesahkan bahawa Presidennya, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, bersama semua penumpang lain di dalam helikopter, terkorban dalam nahas pada Ahad (19 Mei) kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Wisma Putra berkata kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.

BERITA PENUH DI SINI.


Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi

Mon May 20 2024

Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihan mereka atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran pada Ahad lepas.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam ucapan takziahnya, mengumumkan hari berkabung selepas Iran mengesahkan kematian Raisi, 63, Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian dan pegawai-pegawai lain dalam nahas itu.

BERITA PENUH DI SINI.

Apa makna kepada Iran, dunia Islam?

Mon May 20 2024

Abdul Hadi ucap takziah kepada keluarga presiden Iran

Mon May 20 2024

Jenazah mereka yang terkorban dipindahkan

Mon May 20 2024

The footage shows the transfer of the bodies of the martyrs by the Iranian Red Crescent Society (IRCS) and army rangers pic.twitter.com/oJtEiEc0U6

— IRNA News Agency (@IrnaEnglish) May 20, 2024

PM Anwar terkesan dengan pemergian Ebrahim Raisi

Mon May 20 2024

I am deeply saddened by the tragic deaths of President Ebrahim Raisi, Foreign Minister Hossein Amir-Abdollahian and several other officials of the Islamic Republic of Iran. My heartfelt condolences go out to the people of Iran during this profoundly difficult time. May Allah… pic.twitter.com/DGx6MXLBt3

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 20, 2024

Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad

Mon May 20 2024

Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian dalam nahas helikopter pada Ahad merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat negara Iran, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya beliau berdukacita dengan berita pemergian Raisi, Amirabdollahian serta penumpang lain dalam nahas helikopter itu yang terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

BERITA PENUH DI SINI.

Ebrahim Raisi dan semua penumpang maut

Mon May 20 2024

Siapa Mohammad Mokhber, Naib Presiden Iran?

Mon May 20 2024

Susulan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi akibat helikopter dinaikinya terhempas, tumpuan beralih kepada Naib Presidennya, Mohammad Mokhber iaitu individu seterusnya dalam kepimpinan Presiden.

Menurut Perlembagaan Iran, dalam kes kematian atau ketidakupayaan Presiden, Naib Presiden pertama akan mengambil alih fungsi Presiden sehingga pilihan raya diadakan dalam tempoh tidak lebih 50 hari.

BERITA PENUH DI SINI.

Siapa Presiden Iran Ebrahim Raisi?

Mon May 20 2024

Tokoh politik berusia 63 tahun itu telah lama dianggap sebagai pengganti kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

BERITA PENUH DI SINI.

Ebrahim Raisi, semua penumpang maut

Mon May 20 2024

Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

BERITA PENUH DI SINI.

Pasukan penyelamat tiba di tapak nahas

Mon May 20 2024

BREAKING: RESCUERS HAVE REACHED THE CRASH SITE OF THE PRESIDENT OF IRAN RAISI

“The presence of the rescue team at the crash site of the helicopter carrying the president

Additional and Unfortunately, there is a possibility of martyrdom of all the passengers of the helicopter.“ pic.twitter.com/4whDrc3iHZ

— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman) May 20, 2024

Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah

Mon May 20 2024

Pasukan mencari dan menyelamat kini dalam perjalan ke kawasan yang dipercayai tapak nahas helikopter melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar negara itu Hossein Amirabdollahian.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.

BERITA PENUH DI SINI.

Dron Turki kesan kawasan mengeluarkan haba

Mon May 20 2024

AKINCI İHA, İran semalarında İran Cumhurbaşkanı Reisi ve heyetini arama kurtarma çalışmalarına destek veriyor https://t.co/ovXnx13UcY

— AA Canlı (@AACanli) May 19, 2024

Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar

Mon May 20 2024

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan mendoakan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian di Azerbaijan berjalan lancar.

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka lawatan kerja di Asia Tengah turut mengikuti rapat perkembangan nahas berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan

Sun May 19 2024

⚡️BREAKING

Rescue teams are still searching for President Raisi, the weather is rainy, foggy and cold.

If there are injured people, their situation could deteriorate dramatically in these weather conditions. pic.twitter.com/rAtDBC76ST

— Iran Observer (@IranObserver0) May 19, 2024

Nasib Presiden Raisi belum diketahui

Sun May 19 2024

Nasib Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya yang terlibat dalam nahas sebuah helikopter ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal masih belum diketahui.

Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.

BERITA PENUH DI SINI.

Lokasi pencarian semakin gelap dan sejuk

Sun May 19 2024

Seorang wartawan televisyen Iran memberitahu suasana di lokasi pencarian semakin gelap dan sejuk.

Pasukan penyelamat yang mahu mendekati tapak lokasi tidak dapat meneruskan perjalanan dengan kereta, kerana jalan raya di kawasan itu tidak diturap dan hujan menjadikan tanah berlumpur.

Pasukan penyelamat teruskan perjalanan ke lokasi dengan berjalan kaki.

Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan

Sun May 19 2024

OPERASI mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan 'pendaratan kecemasan' di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

BERITA PENUH DI SINI

Iraq tawar bantuan dalam operasi menyelamat

Sun May 19 2024

Kerajaan Iraq telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri negara itu, pasukan Bulan Sabit Merah dan badan-badan lain yang berkaitan untuk menawarkan bantuan kepada Iran, khususnya dalam pencarian helikopter yang dinaiki Presiden Ebrahim Raisi.

Presiden Azerbaijan zahir kebimbangan

Sun May 19 2024

#Azerbaijan president expresses deep concern over emergency landing of chopper carrying #Iran high-ranking officials pic.twitter.com/siq95GzI9M

— Today Headlines | خبرهای روز (@Iran) May 19, 2024

Azerbaijan sedia hulur apa jua bantuan - Presiden Ilham Aliyev

Sun May 19 2024

Today, after bidding a friendly farewell to the President of the Islamic Republic of Iran, Ebrahim Raisi, we were profoundly troubled by the news of a helicopter carrying the top delegation crash-landing in Iran. Our prayers to Allah Almighty are with President Ebrahim Raisi and…

— Ilham Aliyev (@presidentaz) May 19, 2024

IRGC sertai misi pencarian

Sun May 19 2024

Ketua Angkatan Tentera Iran, Mohammad Bagheri, telah mengeluarkan arahan agar semua peralatan dan kapasiti Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan pasukan penguat kuasa undang-undang turun ke lapangan untuk mencari helikopter yang dinaiki Presiden Iran Ebrahim Raisi.

Memetik agensi berita Tasnim, angkatan tentera, tentera, IRGC dan pasukan polis semua hadir di kawasan itu.

Kesulitan misi pencarian dalam hujan dan kabus

Sun May 19 2024

تصاویر جدید از اعزام تیم‌های امدادی به محل سانحه بالگرد #رئیس‌جمهور؛ بارندگی شدید در منطقه#بالگرد pic.twitter.com/OBanoDhPVI

— خبرگزاری ایسنا (@isna_farsi) May 19, 2024

Amerika Syarikat sedang memantau laporan

Sun May 19 2024

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang memantau laporan kemungkinan helikopter yang membawa Presiden Iran dan Menteri Luar, berdepan pendaratan cemas.

Tambah White House, Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai kejadian itu.

Iran dan AS mempunyai hubungan tegang selama bertahun-tahun, terutamanya berikutan pengunduran unilateral AS daripada perjanjian nuklear dengan Tehran pada tahun 2018.

Jika berlaku kematian, apa yang ditetapkan perlembagaan Iran?

Sun May 19 2024

Sekiranya berlaku kematian mengejut, perlembagaan Iran mengatakan naib presiden pertama - yang kini disandang Mohammad Mokhber - akan mengambil tugas Presiden, dengan persetujuan pemimpin tertinggi.

Berdasarkan hierarki politik Iran, ketua negara ialah Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei dan presiden dianggap sebagai ketua kerajaan, yang kedua dalam pemerintahan.

Dalam situasi orang kedua dalam pemerintahan meninggal dunia, maka Naib Presiden pertama akan mengambil alih dan negara perlu mengadakan pilihan raya memilih presiden baharu dalam tempoh 50 hari.

Apa kata Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi?

Sun May 19 2024

Ketika tidak banyak perkembangan terkini dilaporkan media di lokasi kejadian, Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi memberi sedikit ulasan berkenaan kejadian itu di saluran televisyen tempatan.

"Presiden dan beberapa orang kenamaan lain dalam perjalanan pulang dan salah satu helikopter terpaksa berdepan 'pendaratan cemas yang mengejut dan kasar' gara-gara keadaan cuaca yang buruk, khususnya kabus tebal.

 "Beberapa pasukan penyelamat sedang digegaskan ke lokasi kejadian namun oleh kerana keadaan cuaca yang buruk, membuatkan mereka memerlukan lebih masa untuk tiba di lokasi helikopter tersebut.

"Kawasan tersebut agak sukar untuk diakses dan sulit juga untuk berhubung. Kita sedang menunggu kumpulan pasulan penyelamat untuk sampai ke lokasi berkenaan seterusnya untuk memberi lebih banyak maklumat," ujarnya.

Jarak pandangan terbatas, liputan media terhambat

Sun May 19 2024

The visibility near the suspected crash site of the Mullah-Iranian President Ebrahim Raisi is very bad due to fog.

The Iranian TV has suspended normal broadcast and is transmitting prayers.

Source of video: Tasnim News pic.twitter.com/2MUjvF2ISR

— (((Tendar))) (@Tendar) May 19, 2024

Operasi pasukan SAR dicabar kuasa alam

Sun May 19 2024

HAPPENING NOW: Iranian rescue teams are currently searching for the helicopter carrying President Ebrahim Raisi which reportedly crashed on Sunday.

The teams could be seen searching through thick fog on mountain roads and hillsides.

Iranian state media is currently calling on… pic.twitter.com/l3wGTnsnbv

— Collin Rugg (@CollinRugg) May 19, 2024

Lokasi terhempas di antara Jofa dan Varzaqan di wilayah Azerbaijan Timur

Sun May 19 2024

Helikopter yang membawa Presiden Iran itu dilaporkan terhempas berhampiran dengan lombong tembaga, Sungun.

Ia terletak di antara Jofa dan Varzaqan di wilayah Azerbaijan Timur dan kira-kira antara 70km hingga 100km dari bandar Tabriz, salah satu bandar terbesar di Iran dan merupakan destinasi Presiden Iran dan Menteri Luar. 

Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan mereka telah mengarahkan 40 pasukan berasingan ke lokasi itu.  

Setakat ini pasukan telah tiba di kawasan itu, namun tidak ke tempat tertentu di mana helikopter itu baharu terhempas disebabkan keadaan cuaca yang teruk.

Siapa yang berada di dalam helikopter?

Sun May 19 2024

The helicopter which made a rough landing in the northwestern Iranian province of East Azarbaijan was carrying #Iran President Ebrahim Raisi, Foreign Minister Hossein Amirabdollahian, East Azarbaijan Governor Malek Rahmati, East Azarbaijan Imam of Friday Prayer Mohammad Ali… pic.twitter.com/Uwzs7xw55M

— Today Headlines | خبرهای روز (@Iran) May 19, 2024

40 pasukan bertindak digegaskan

Sun May 19 2024

40 rapid response teams are currently carrying out search operations to find the helicopter carrying #Iran president Ebrahim Raisi and three other officials pic.twitter.com/9CEKqCj4fU

— Today Headlines | خبرهای روز (@Iran) May 19, 2024

Keadaan di lokasi yang hendak dituju pasukan SAR

Sun May 19 2024

VIDEO

Amid dense fog, search and rescue operations are underway following a rough landing of #Iran president helicopter pic.twitter.com/rCcdmXwWkb

— Today Headlines | خبرهای روز (@Iran) May 19, 2024

Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas

Sun May 19 2024

Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya.

BERITA PENUH DI SINI

#Presiden Iran#Ebrahim Raisi#helikopter terhempas
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.