KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan memberikan harapan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.53 mata kepada 1,604.76 daripada 1,603.23 semalam.
Indeks barometer dibuka tinggi 1.15 mata kepada 1,604.38.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 231 berbanding 176 dengan 312 kaunter tidak berubah, 1,649 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 297.48 juta unit bernilai RM195.11 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa indeks dijangka meningkat dan berada antara 1,605 dan 1,615 hari ini selepas Wall Street mencatatkan prestasi yang baik semalam.
Dow Jones naik 350 mata manakala Nasdaq menambah 231 mata, didorong oleh saham teknologi dan hasil 10 tahun AS yang merosot kepada 4.344 peratus.
Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada April meningkat 0.3 peratus, di bawah jangkaan untuk kenaikan sebanyak 0.4 peratus, menunjukkan inflasi meneruskan aliran penurunan pada suku kedua.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian dijangka terhadap sektor teknologi domestik berdasarkan kenaikan di Wall Street.
"AS yang mengenakan tarif lebih tinggi ke atas produk China dijangka memberi manfaat kepada industri sarung tangan, semikonduktor, perkhidmatan pembuatan elektronik dan industri berkaitan logam.
"Kami turut memilih sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah dengan pemangkin domestik seperti projek infrastruktur mega yang sedang dilaksanakan," katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, YTL dan Petronas Chemicals, masing-masing naik empat sen kepada RM3.67 dan RM6.85.
YTL Power meningkat lima sen kepada RM5.19, Press Metal naik tiga sen kepada RM5.43 dan Public Bank menambah satu sen kepada RM4.16.
Kaunter sarung tangan terus mendominasi senarai kaunter aktif, tetapi kebanyakannya rendah dengan Top Glove merosot satu sen kepada RM1.25 dan Careplus berkurangan 1.5 sen kepada 36.5 sen. Revenue naik setengah sen kepada 25 sen dan TWL tidak berubah pada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 6.13 mata kepada 12,190.82, Indeks FBMT 100 naik 4.12 mata kepada 11,796.64 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 4.42 mata kepada 12,395.12.
Indeks FBM ACE meningkat 29 mata kepada 5,314.69 dan Indeks FBM 70 merosot 22.91 mata kepada 17,389.31.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 1.42 mata kepada 17,508.26, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.66 mata kepada 193.06 dan Indeks Perladangan susut 2.71 mata kepada 7,382.16.
Indeks Tenaga meningkat 1.02 mata kepada 986.95.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.53 mata kepada 1,604.76 daripada 1,603.23 semalam.
Kerajaan tidak tergesa-gesa laksana pelarasan subsidi diesel - Armizan
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh.
Kerajaan tidak terburu-buru laksana pelarasan diesel
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek diselesaikan.
Program PERMATA Negara pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Program-program PERMATA ditubuhkan dengan hasrat untuk mengalu-alukan kanak-kanak dan remaja daripada setiap lapisan kaum.
Keuntungan bersih Westport naik kepada RM203.74 juta, umum dividen 8.89 sen
Perdagangan serantau antara Asia menjadi asas pertumbuhan jumlah kontena Westports dengan laluan perdagangan itu menyumbang 65 peratus daripada jumlah kontena yang dikendalikan.
Pulau Pinang pengeksport utama Malaysia untuk Jun 2024
Kerajaan tidak tergesa-gesa dalam melakukan penyelarasan subsidi diesel sebaliknya ia dilakukan selepas kajian menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek diselesaikan.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus pada 2023
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan PMKS juga mengatasi KDNK Malaysia iaitu 3.6 peratus pada 2023.
KDNK dijangka kekal positif pada separuh kedua tahun 2024 - Pakar
MIDF Research mengunjurkan KDNK Malaysia kekal positif pada separuh kedua 2024, dengan Abdul Mui’zz Morhalim optimis melihat peningkatan saham tempatan dan lonjakan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan. Momentum ini dijangka berterusan disokong oleh pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pemulihan sektor pelancongan.
Lif Komtar dihentikan susulan limpahan air
Kejadian itu disedari pengawal keselamatan bertugas yang mengesan limpahan air dari bilik tangki tersebut pada 3.15 pagi tadi.
Kes pembubaran: Pita Limjaroenrat harap Parti Move Forward bertahan
Pemimpin pembangkang Thailand, Pita Limjaroenrat, berharap partinya, Move Forward, akan bertahan susulan kes membubarkan parti itu.
Taufan Gaemi paksa 300,000 penduduk di timur China berpindah
Pihak berkuasa memindahkan hampir 300,000 orang dan menghentikan pengangkutan awam merentasi timur China hari ini susulan Taufan Gaemi membawa hujan lebat hingga menyebabkan lima kematian di Taiwan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, didorong oleh prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus
Indeks utama Bursa Malaysia mengalami penurunan sederhana untuk ditutup rendah pada Khamis, berikutan prestasi suram di Wall Street dalam tempoh semalaman yang turut mempengaruhi pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.03 mata kepada 1,611.11 daripada penutupan Rabu pada 1,621.14. Indeks dibuka 4.06 mata lebih rendah pada 1,617.08.
Reformasi ekonomi, petunjuk positif pacu dana asing beli saham Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, dipacu pembelian semasa harga murah susulan penurunan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.41 mata kepada 1,633.14 daripada 1,636.55 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan
Indeks utama Bursa Malaysia hampir mendatar semasa awal dagangan pada Jumaat berikutan pasaran secara keseluruhannya suram.
Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas.