KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan mencatat peningkatan kecil susulan sentimen berhati-hati serta seiring dengan peningkatan prestasi Wall Street berikutan rasa optimis terhadap prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) serta penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.22 mata kepada 1,456.11 daripada paras 1,455.89 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka dengan menokok 0.79 mata kepada 1,456.68.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 148 berbanding 135 manakala 235 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,856 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 398.77 juta unit bernilai RM66.48 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah semalam susulan aktiviti jualan, kebanyakannya membabitkan saham berkaitan komoditi.
"Kami menjangkakan keadaan sedemikian berterusan memandangkan penilaian menarik ke atas ekuiti tempatan selain dipacu oleh pemulihan sentimen berikutan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.
"Berikutan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras akan bergerak dalam jajaran 1,455 hingga 1,465 dalam dagangan hari ini," katanya kepada Bernama.
Selain itu, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras dunia, turun 0.38 peratus kepada US$81.65 setong.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank meraih satu sen kepada RM9.11, Tenaga menokok dua sen kepada RM10, CIMB dan Petronas Chemicals susut dua sen masing-masing kepada RM5.75 dan RM7.23 manakala Public Bank kekal pada RM4.27.
Bagi saham aktif, Sealink turun dua sen kepada 20 sen, TA Win berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen, waran Eita meningkat dua sen kepada lapan sen manakala Hong Seng, Sarawak Consolidated dan Top Glove masing-masing kekal pada tiga sen, 65.5 sen dan 84 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 3.19 mata kepada 10,792.38, Indeks FBMT 100 turun 0.31 mata kepada 10,454.03 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 3.36 mata kepada 10,989.63.
Indeks FBM 70 merosot 8.58 mata kepada 14,395.7 namun Indeks FBM ACE menokok 1.93 mata kepada 5,204.26.
Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.74 mata kepada 16,393.74, Indeks Tenaga berkurangan 3.14 mata kepada 862.31, Indeks Perladangan merosot 7.27 mata kepada 6,953.41 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.08 mata kepada 174.13.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.22 mata kepada 1,456.11 daripada paras 1,455.89 pada akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 0.59 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.