ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.


1. Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna

Seorang ibu bersama bayi sembilan bulan dan seorang warga emas wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Batu 32 Jalan Semporna- Tawau, semalam.



2. Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim

Perikatan Nasional (PN) gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) kerana didakwa tiada sebarang perkara yang ditawarkan untuk masa depan pengundi.


3. 10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar

Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.


4. Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan

Setakat ini, beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak, memberi maklum balas positif dan menyatakan kesediaan untuk mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.


5. Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.


6. Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid

Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


7. Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.


8. Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM

Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf untuk digunakan dalam negara.


9. Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi

Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.


10. PM ucap Selamat Hari Ibu

Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.