KUALA LUMPUR: Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Baru-baru ini, indeks utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah 1,600 mata, iaitu paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, dengan bursa mencapai paras tertinggi berjumlah RM2 trilion dalam permodalan pasaran.
"Berikutan memperlihatkan daya tahan yang teguh di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, prestasi ini adalah bukti kekuatan pasaran kita dan ekonomi Malaysia," katanya pada pelancaran CIMB Securities Sdn Bhd di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata pembangunan pasaran modal Malaysia mencerminkan komitmen untuk mendorong pertumbuhan, inovasi dan daya tahan dalam sektor kewangan, meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal.
"Seiring dengan mandatnya dari segi kesejahteraan ekonomi Malaysia, Kementerian Kewangan diamanahkan dengan tanggungjawab merangka dasar dan strategi untuk memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan kewangan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Tumpuan kepada mandat ini adalah galakan dan perkembangan pasaran modal Malaysia," katanya.
Amir Hamzah berkata pelbagai strategi dan inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan terus memainkan peranan seiring untuk merealisasikan sasaran utama di bawah Ekonomi MADANI.
Ini antara lain adalah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan pembaharuan ekonomi utama di bawah Belanjawan Negara 2024.
"Usaha ini meliputi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, mencerminkan pendekatan keseluruhan kerajaan dan tumpuan kolektif terhadap menaikkan siling dan menaikkan lantai, membuka laluan ke arah pertumbuhan ekonomi yang ketara dan mampan melalui inisiatif yang dipacu impak," katanya.
Sehubungan itu, kerajaan menumpukan kepada sektor korporat untuk meningkatkan penyertaannya dalam ekosistem ekonomi negara.
"Sehubungan itu, saya mengalu-alukan penyertaan CIMB Securities dalam pasaran modal, dan berharap dapat meningkatkan kekuatan pasaran kewangan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyampaikan ucapan ketika pelancaran CIMB Securities hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.63 mata kepada 1,602.72 daripada 1,600.09 semalam.
Bursa Malaysia meningkat di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia
Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring penyusutan Wall Street
Pada 9.21 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.58 mata kepada 1,594.75 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.
Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah
Bursa Malaysia mengurangkan penyusutan awalnya untuk ditutup rendah pada Isnin susulan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 mata kepada 1,608.84 daripada 1,608.75 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.