KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan pagi Selasa, melepasi paras 1,600 mata, menjejaki prestasi semalaman Wall Street memberi petunjuk berkemungkinan kadar faedah akan diturunkan, kata seorang peniaga.
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 3.46 mata pada 1,600.85.
Di pasaran meluas, kaunter untung mendahului rugi iaitu 225 berbanding 119 manakala 306 kaunter tidak berubah, 1,663 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan ialah 167.87 juta unit bernilai RM83.01 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mengekalkan aliran menaiknya dengan harapan Rizab Persekutuan (Fed AS) akan mengurangkan kadar faedah lebih awal.
Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI mempunyai prestasi memberangsangkan sejak pertengahan April, meningkat empat peratus apabila dana asing kembali dan pembelian dalam saham mewah berterusan.
"Berdasarkan aliran meningkat semasa, sasaran bagi tahun 2024 adalah sebanyak 1,660, ia boleh dicapai kerana Bursa Malaysia kekal pada harga berpatutan," katanya kepada Bernama.
Bagi kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.84, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.22, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM12.42, manakala CIMB dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM6.75 dan RM6.30.
Bagi saham aktif, Ingenieur tidak berubah pada 11 sen, SNS dan Eversendai masing-masing naik satu sen kepada 48 sen dan 47 sen, mankala K-One melonjak 0.5 sen kepada 15 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 31.18 mata kepada 12,065.45, Indeks FBMT 100 naik 29.56 mata kepada 11,686.54 dan ndeks FBM Emas Shariah menambah 25.31 mata kepada 12,255.23.
Indeks FBM 70 naik 18.16 mata kepada 16,853.81 dan Indeks FBM ACE meraih 0.38 mata kepada 5,141.29.
Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 37.25 mata kepada 14,460.86 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.34 mata kepada 192.28 manakala Indeks Tenaga melonjak 1.17 mata kepada 963.88 dan Indeks Perladangan menambah 20.63 mata kepada 7,413.77.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam. -Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.