KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik semasa dibuka hari ini, dengan indeks barometer berselang-seli antara meningkat dan menyusut dalam julat kecil.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.42 mata kepada 1,538.19 berbanding 1,538.61 semasa ditutup pada Isnin dengan kebanyakan saham wajaran tinggi memperlihatkan pergerakan mendatar.
Indeks penanda aras dibuka meningkat 0.11 mata kepada 1,538.72.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 135 berbanding 133, manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 200.72 juta unit bernilai RM58.08 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pembetulan akan berlaku pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini berikutan peningkatan baru-baru ini, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,535-1,545 hari ini, dengan kemungkinan minat terhadap saham pembinaan dan utiliti," katanya.
"Di pasaran luar negara, Wall Street ditutup berikutan ulang tahun Washington semalam dan tinjauan terhadap niaga hadapan menunjukkan ketiga-tiga indeks utama kekal tidak banyak berubah, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 184 mata, menamatkan kenaikannya pada Tahun Naga memandangkan pihak berkuasa China mengekalkan kadar faedah yang tidak berubah," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby kekal dalam aliran meningkat, menokok lima sen kepada RM2.56 dan YTL Power menambah dua sen kepada RM3.82.
Maybank kekal pada RM9.46, manakala Public Bank dan CIMB turun dua sen masing-masing kepada RM4.41 dan RM6.38.
Bagi saham aktif, Hong Seng menambah setengah sen kepada 2.5 sen, manakala Minetech, Bina Puri, Velesto dan Destini masing-masing merosot setengah sen kepada 16.5 sen, 7.5 sen, 26 sen dan 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.37 mata kepada 11,424.02, Indeks FBMT 100 meningkat 3.30 mata kepada 11,071.67 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 16.40 mata kepada 11,494.38.
Indeks FBM 70 meningkat 30.63 mata kepada 15,362.68 manakala Indeks FBM ACE susut 0.50 mata kepada 4,864.80
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.61 mata kepada 17,225.05, Indeks Perladangan menambah 15.28 mata kepada 7,314.02, manakala Indeks Tenaga menokok 5.16 mata kepada 901.22 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.02 mata kepada 175.63.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.42 mata kepada 1,538.19 berbanding 1,538.61 semasa ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.