KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup di paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong pembelian semasa harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.
Peniaga berkata prestasi itu seiring dengan beberapa pasaran utama Asia yang meningkat semula hari ini selain mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh saham AS, dirangsang keyakinan terhadap kecerdasan buatan (AI) yang mendorong kenaikan saham pembuat cip dan mencerahkan prospek pendapatan bagi saham teknologi.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.19 mata kepada 1,486.37 daripada 1,479.18 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks barometer itu dibuka satu mata lebih tinggi kepada 1,480.18 dan bergerak serendah 1,477.05 pada sesi pagi.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 639 berbanding 359, manakala 423 kaunter tidak berubah, 844 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.39 bilion unit bernilai RM2.73 bilion daripada 6.10 bilion unit bernilai RM3.62 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata keyakinan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) muncul semula selepas data menunjukkan pembuatan di wilayah Timur AS menguncup lebih daripada unjuran ahli ekonomi.
Beliau berkata ahli ekonomi juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus sekurang-kurangnya sehingga akhir 2025.
"Kami percaya ini akan menyuntik keyakinan dalam ekonomi yang bertambah baik, memberikan kestabilan yang lebih ketara dari segi pendapatan korporat, seterusnya ini akan meningkatkan asas pasaran tempatan.
"Kami berpandangan minat terhadap ekuiti Malaysia akan kekal kukuh, memandangkan jumlah dagangan harian yang memberangsangkan, walau bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati berikutan turun naik semakin ketara dalam pasaran global," katanya kepada Bernama.
Di peringkat rantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 1.40 peratus kepada 35,963.27, Kospi Korea Selatan melonjak 1.34 peratus kepada 2,472.74 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.40 peratus kepada 3,152.29.
Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.54 peratus kepada 15,308.69 manakala Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai kurang 0.47 peratus kepada 2,832.28.
Di peringkat tempatan, daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.03, Public Bank naik empat sen kepada RM4.35, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM6.01, Tenaga Nasional melonjak lapan sen kepada RM10.44 dan Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM6.78.
Antara saham aktif, Widad merosot lapan sen kepada 11 sen, Sarawak Consolidated susut 24.5 sen kepada 29 sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen, Tanco kurang 14.5 sen kepada 36.5 sen, manakala Artroniq naik 5.5 sen kepada 28.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 61.05 mata kepada 11,065.16, Indeks FBM 70 melonjak 120.87 mata kepada 15,041.39, Indeks FBMT 100 menambah 60.65 mata kepada 10,734.29, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 59.41 mata kepada 11,170.67 dan Indeks FBM ACE naik 4.21 mata kepada 4,790.15.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 66.57 mata kepada 16,613.52, Indeks Hartanah naik 11.24 mata kepada 890.97, Indeks Perladangan meningkat 38.54 mata kepada 7,163.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.52 mata kepada 172.92 dan Indeks Tenaga meningkat 3.28 mata kepada 843.32.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM3.14 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran sebanyak 530.55 juta unit bernilai RM65.93 juta berbanding 715.58 juta unit bernilai RM103.70 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.56 bilion saham bernilai RM261.65 juta berbanding 1.68 juta saham bernilai RM366.14 juta pada Khamis.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 334.35 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (1.37 bilion); pembinaan (144.51 juta); teknologi (263.46 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (77.80 juta); hartanah (419.91 juta); perladangan (39.95 juta); REIT (8.75 juta); dana tertutup (28,600); tenaga (350.39 juta); penjagaan kesihatan (74.93 juta); telekomunikasi dan media (43.55 juta); pengangkutan dan logistik (43.13 juta); serta utiliti (107.38 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 639 berbanding 359, manakala 423 kaunter tidak berubah, 844 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.