Bumi Armada Bhd mencatat kerugian sebelum cukai RM171.39 juta pada tahun kewangan (FY) berakhir 31 Disember 2015 berbanding keuntungan sebelum cukai RM309.18 juta pada FY2014.
Pendapatan merosot kepada RM2.18 bilion berbanding RM2.40 bilion sebelum ini, kata syarikat kemudahan tenaga luar pesisir dan penyedia perkhidmatan antarabangsa dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif, Chan Chee Beng berkata, kemerosotan pendapatan disebabkan hasil lebih rendah daripada perniagaan kapal sokongan luar pesisir (OSV) dan pengangkutan serta pemasangan (T&I), jatuh tahun ke tahun masing-masing kepada 17.8 peratus dan 57.7 peratus.
Pendapatan untuk suku keempat juga susut kepada RM589.04 juta berbanding RM701.83 pada suku yang sama 2014 manakala kerugian sebelum cukai berjumlah RM104.01 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM32.55 juta.
"Pasaran kekal mencabar dalam segmen perkhidmatan perniagaan minyak dan gas luar pesisir, ditekan oleh pengurangan dalam penggunaan dan aktiviti sewaan dan kontrak dalam segmen OSV dan T&I," tambahnya.
Bernama
Fri Feb 26 2016

Bumi Armada akan mengendalikan empat projek yang dijangka beroperasi pada 2017.

Tekap sudu panas: Pembantu penjaga pusat asuhan dihukum penjara 10 bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM20,000 ke atas pembantu penjaga sebuah pusat asuhan kerana melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak.

Kabinet setuju meterai perjanjian pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom (UK) untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.
ASEAN 2025 | 19 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024).
Thailand teroka potensi anjur perlumbaan F1
Thailand meneroka potensi untuk menganjurkan perlumbaan Formula One (F1) bagi meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.
Singapura gesa kembali ke meja rundingan, capai kesepakatan gencatan senjata
Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan pada Rabu menggesa pihak-pihak terlibat dalam perang di Gaza untuk kembali ke meja rundingan bagi mencapai gencatan senjata.

Pengarah eksekutif kolej didakwa ugut pegawai polis
Seorang pengarah eksekutif sebuah kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut seorang pegawai polis berpangkat ASP melalui telefon, bulan lepas.
Pekerja Indonesia hilang pekerjaan (Januari - Februari 2025)
Menurut Parti Buruh dan Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI), pemberhentian kerja secara besar-besaran telah menjejaskan lebih 60,000 pekerja di 50 syarikat di Indonesia antara januari dan Februari 2025, jumlah ini dijangka mencecah ratusan ribu dalam beberapa bulan akan dating
Presiden Indonesia terima utusan khas Presiden Palestin
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menerima utusan khas daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menzahirkan penghargaan atas sokongan Indonesia kepada perjuangan Palestin.
Kerjasama antarabangsa antara strategi maritim negara - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Malaysia menjalinkan kerjasama antarabangsa sebagai antara strategi pertahanan maritim di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Bumi Armada bekerjasama dengan pihak berkuasa India berhubung isu rasuah melibatkan bekas menteri
Biro Siasatan Pusat dan Direktorat Penguatkuasaan India sudah memulakan prosiding terhadap beberapa syarikat termasuk Bumi Armada.

Bumi Armada Bhd catat kerugian sebelum cukai RM171.39 pada FY2015
Pendapatan merosot kepada RM2.18 bilion berbanding RM2.40 bilion sebelum ini, kata syarikat kemudahan tenaga luar pesisir dan penyedia perkhidmatan antarabangsa itu.