PUTRAJAYA: Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta tahun ini untuk disalurkan menerusi program Transformasi Perniagaan (BIT) sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Suriani Ahmad berkata, peruntukan tersebut adalah bagi mencapai sasaran melahirkan 24 prafrancaisor dan 240 prafrancaisi bumiputera.
"Program BIT diwujudkan bagi membantu usahawan PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) untuk membangunkan perniagaan ke arah francais.
"Melalui program BIT, Pernas menyediakan khidmat nasihat, latihan, bimbingan dan bantuan pembiayaan," katanya dalam temu bual bersama Bernama di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, peserta program BIT perlu mengikuti latihan melibatkan 15 modul selama 45 hari sebelum mengikuti bimbingan berterusan atau hand-holding dalam tempoh tiga tahun selepas tamat kursus bermodul.
Sejak diperkenal pada 2013, BIT yang merupakan program transformasi perniagaan usahawan kecil ke arah francais, sehingga kini telah mencatat pendaftaran 140 jenama tempatan yang terdiri daripada pelbagai produk antaranya makanan, minuman, peruncitan, perkhidmatan dan pendidikan.
Suriani turut berkongsi pencapaian peniaga kecil di bawah program BIT yang telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan pertambahan bilangan kedai seperti Old Time Sengkuang, Tisha's, Bubbles O2, Breena Beauty dan Brainy Bunch.
Beliau berkata sehingga 31 Disember 2022, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 313 usahawan program BIT melibatkan RM9.9 juta.
Beliau berkata, program BIT diwujudkan selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang memfokuskan kepada peningkatan bilangan PMKS berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif.
"Bidang francais menjadi sebahagian daripada tanggungjawab KUSKOP untuk memastikan usahawan francais diberi bantuan dari segi pembangunan keusahawanan untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. DKN2030 menjadi landasan kami untuk pacu pertumbuhan usahawan francais," katanya.
DKN 2030 yang dilancarkan pada 11 Julai 2019, menggariskan tujuh elemen teras termasuk menjana sektor pertumbuhan baharu, menambah baik pasaran buruh serta meningkatkan kesejahteraan sosial dan modal sosial.
Mengenai Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Feb lepas, Suriani menyifatkan belanjawan tersebut sebagai mesra PMKS yang dapat memperkasakan sektor itu.
"KUSKOP amat berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan yang diumumkan dan ini menjadi petanda kepada PMKS untuk terus berusaha menyemarakkan ekonomi negara," katanya dan berharap usahawan PMKS mengambil peluang dalam setiap inisiatif yang diwujudkan KUSKOP.
Menerusi Belanjawan 2023, KUSKOP menerima peruntukan sebanyak RM732 juta tahun ini iaitu RM520 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta perbelanjaan mengurus.
Peruntukan terbabit antaranya melibatkan RM50 juta bagi membina gerai penjaja dan peniaga kecil, RM176 juta bagi menaik taraf premis dan perniagaan di bawah Majlis Amanah Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dan UDA Holdings serta penurunan kadar cukai PMKS daripada 17 peratus kepada 15 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
![BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678120600_PERNAS.jpg)
Melalui program BIT, Pernas menyediakan khidmat nasihat, latihan, bimbingan dan bantuan pembiayaan.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151354_Palestinianpatients.jpg)
Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza
Pakistan akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar perubatan Palestin dari Gaza bagi melanjutkan pengajian mereka di negara itu.
![Pernas bantu pengantarabangsaan usahawan francais Malaysia Pernas bantu pengantarabangsaan usahawan francais Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717883312_TBHazimahZainuddin.jpg)
Pernas bantu pengantarabangsaan usahawan francais Malaysia
Pernas melalui inisiatif pengantarabangsaannya membantu usahawan francais meningkatkan perniagaan mereka, sekali gus berkembang dalam dan negara.
![KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708658647_BPKUSKOPjpg.jpg)
KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh
Usaha MyFranchise itu mensasarkan penciptaan sehingga 900 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
![Kedudukan Pernas: KUSKOP fokus laksana perkhidmatan - Ewon Kedudukan Pernas: KUSKOP fokus laksana perkhidmatan - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678782974_EwonBenedick.jpg)
Kedudukan Pernas: KUSKOP fokus laksana perkhidmatan - Ewon
Kerajaan sepatutnya fokus kepada memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri francais untuk terus berkembang, berbanding menggunakan masa untuk membincangkan kedudukan Pernas.
![Pernas labur hampir RM1 bilion untuk pembangunan industri francais Pernas labur hampir RM1 bilion untuk pembangunan industri francais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678120600_PERNAS.jpg)
Pernas labur hampir RM1 bilion untuk pembangunan industri francais
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah melabur hampir RM1 bilion dalam 86 buah syarikat di bawah skim pelaburan Pernas sejak 1998 sehingga kini.
![KUSKOP perkenal program SWEET, sektor francais bagi usahawan wanita KUSKOP perkenal program SWEET, sektor francais bagi usahawan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678318089_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP perkenal program SWEET, sektor francais bagi usahawan wanita
Program yang dinamakan Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) itu ialah program di bawah Pernas.
![BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678120600_PERNAS.jpg)
BIT: Pernas peruntuk RM2.5 juta, lahir ramai usahawan tempatan
Peruntukan tersebut adalah bagi mencapai sasaran melahirkan 24 prafrancaisor dan 240 prafrancaisi bumiputera.
![Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675823399_TBPERNAS.jpg)
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
![MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635381240_TanSriNohOmar.jpg)
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News