Biobay 37°C Healthcare di bawah naungan Avelon Healthcare Group, mengumumkan kerjasama strategik dengan pengamal kaedah tradisional Tit Tar terkemuka, Datuk Seri Master Chris Leong, sekali gus dinamakan sebagai duta baharu mereka.
Kerjasama tersebut dijangka dapat merevolusikan konsep pengurusan kesakitan melalui integrasi sains pemakanan moden dengan amalan penyembuhan tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Avelon Healthcare Group, Jess Chong, pengaruh besar yang ada pada Master Chris Leong juga mampu membantu dalam penyampaian mesej kesihatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.
"Kerjasama ini akan dapat memanfaatkan kepakaran nutraseutikal kami dan teknik Tit Tar bagi menetapkan penanda aras baharu dalam penjagaan kesihatan.
“Saya juga percaya bahawa melalui kerjasama dengan Master Chris Leong, kita akan memberikan lagi banyak pilihan untuk masyarakat.
“Bersama-sama, kami komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif dan berkesan untuk pengurusan kesakitan yang benar-benar dapat membuat perbezaan dalam kehidupan orang ramai,” katanya pada majlis pelancaran duta baharu di ibu negara pada Rabu.
Melalui pengalaman selama 18 tahun dalam industri farmaseutikal, Avelon Healthcare Group kini berada di barisan hadapan dalam menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan terkini.
“Di Avelon Healthcare Group kami berusaha untuk membekalkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang komprehensif untuk semua masyarakat melalui nutraseutikal, farmaseutikal, ubatan tradisional atau pun pendekatan holistik.
"Perjalanan kami dari pemborong kecil, farmasi komuniti hingga menjadi rakan kongsi kesihatan yang dipercayai dengan rangkaian kukuh farmasi, klinik dan hospital menunjukkan komitmen kami terhadap kecemerlangan,” tambahnya.
Syarikat ini berkembang daripada hanya menjadi pembekal utama ubat-ubatan barat kepada peneraju dalam suplemen kesihatan dan makanan berkhasiat.
Sementara itu, pengamal kaedah tradisional Tit Tar terkemuka, Master Chris Leong, turut berkongsi pengalaman beliau selepas menggunakan produk biobay.
“Biobay 37°C Healthcare ini adalah produk yang bagus kerana saya juga pernah cedera di bahu dan pinggang, namun sebelum ini saya hanya makan ubat tahan sakit tetapi banyak masalah seperti perut meragam.
“Tetapi produk Biobay 37°C Healthcare lepas saya makan selama seminggu, saya rasa berlainan keranan ia membantu saraf dan otot saya untuk kurang sakit,” katanya.
Master Chris Leong terkenal dengan kepakarannya dalam kaedah Tit Tar iaitu satu teknik tradisional untuk masalah muskuloskeletal.
Melalui pendekatan holistiknya, beliau menggabungkan amalan tradisional dengan diagnostik moden, memastikan penjagaan menyeluruh yang merangkumi tubuh, minda, semangat, dan emosi.
"Ia bukan hanya tentang melegakan simptom tetapi ia juga dapat mewujudkan persekitaran kesejahteraan yang menyeluruh," ujar Master Chris Leong.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Amzar Alif
Thu May 30 2024
Ketua Pegawai Eksekutif Avelon Healthcare Group, Jess Chong bersama Datuk Seri Master Chris Leong pada majlis pelantikan duta baharu Biobay 37°C Healthcare. - Gambar Biobay
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Biobay 37°C Healthcare lantik duta baharu, integrasi pengurusan kesihatan tradisional dengan moden
Biobay 37C Healthcare di bawah naungan Avelon Healthcare Group, mengumumkan kerjasama strategik dengan pengamal kaedah tradisional Tit Tar terkemuka, Datuk Seri Master Chris Leong.