KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pengenalan Dasar Memudahcara Perniagaan bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan luar negara menjadikan negeri itu pilihan utama pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan ia bagi memudahkan cara perjalanan perniagaan merangkumi Kebenaran Merancang (KM), Pelan Bangunan (PB) dan Pelan Infrastruktur (PI).
"Dalam pada itu, proses pembangunan tanah yang biasanya mengambil masa 270 hari atau sehingga setahun di Selangor akan dijimatkan hampir 50 peratus.
"Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) mengukuhkan implementasi Smartbox PTGS bagi memudahkan urusan dan transaksi.
"Ini ekoran usaha yang diumumkan pada tahun 2020 tetapi menghadapi beberapa kekangan daripada Akta Tanah Negara. Kemudahan tersebut akan dilaksanakan dan diperluaskan pada tahun 2022 ke seluruh negeri Selangor," jelasnya sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat.
BACA: Belanjawan Selangor 2022 bernilai lebih RM2.34 bilion - MB
Pengecualian caj pemajuan
Dari sudut rumah mampu milik pula tambah Amirudin, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi insentif pengecualian 100 peratus bayaran caj pemajuan.
"Bagi memacu dan menggalakkan pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi insentif pengecualian 100 peratus bayaran caj pemajuan iaitu RM 500 bagi pembinaan rumah mampu milik.
"Insentif ini akan bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023.
"Selain itu, Dasar 100 Hari Kelulusan Tanah yang sebelum ini mensyaratkan bayaran deposit premium tanah 150% daripada anggaran akan diturunkan kepada 100% untuk mempermudahkan urusan pihak industri," jelasnya.
Dengan beberapa langkah yang diperkenalkan itu, ujarnya beliau yakin dapat meningkatkan kadar 'ease of doing business' di Selangor dan menggamit para pelabur untuk terus merancakkan ekonomi negeri itu.
Kompleks Perumahan Pekerja
Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan kompleks perumahan pekerja akan dibangunkan di lapan kawasan yang bakal menempatkan kira-kira 60,000 pekerja melibatkan kawasan seluar 145 ekar.
Jelasnya, usaha melalui Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) bagi memartabatkan hak asasi pekerja industri dengan aspek kesihatan seperti sistem pengudaraan serta kediaman yang kondusif menepati Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
"Sehingga kini, kawasan seluas 145 ekar dikenalpasti, iaitu 59 ekar tanah Kerajaan Negeri dan 86 ekar tanah milik PKNS untuk dijadikan sebagai kompleks perumahan pekerja dianggarkan dapat menempatkan kira-kira 60,000 pekerja
Antaranya di kawasan perindustiran di Taman Perindustrian USJ 1 (Subang Jaya), Pulau Indah (Klang), Kampung Baru Balakong (Hulu Langat), Taman Velox (Bandar Rawang), Telok Panglima Garang (Kuala Langat) dan Sungai Lang di Sabak Bernam.
"Kompleks ini akan turut dilengkapi dengan kedai dobi, restoran, kedai runcit menjadikannya sebuah komuniti tersendiri.
"Projek kerjasama awam-swasta ini diperuntukkan RM5 juta sebagai dana awal," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Fri Nov 26 2021

Dasar Memudahcara Perniagaan diperkenalkan bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan luar negara menjadikan negeri itu pilihan utama pelaburan.- Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pameran Penerbangan Selangor diteruskan tahun hadapan
Susulan kejayaan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 edisi pertama, ia akan diteruskan tahun hadapan sekitar September di Subang.

Belanjawan Selangor 2022: RM190.73 juta untuk persekitaran hijau dan pembangunan lestari
Sebanyak RM190.73 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2022 bagi mewujudkan persekitaran hijau dan meluaskan pembangunan lestari di negeri itu.

Belanjawan Selangor 2022: Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas satu setengah bulan gaji
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu setengah bulan gaji untuk tahun ini kepada seluruh penjawat awam di negeri itu.

Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.

Belanjawan Selangor 2022: RM65 juta peruntukan sektor Kesihatan Awam
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM65 juta bagi sektor Kesihatan Awam dalam Belanjawan Selangor 2022

Belanjawan Selangor 2022: Penerima KISS dan KISS-IT bakal terima RM300 sebulan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dimana bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan akan diberikan kepada setiap

Belanjawan Selangor 2022: 26,000 rumah akan dibina sepanjang Sungai Klang
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Pembangunan Lestari Sungai Klang akan diwujudkan bermula tahun 2022.

Belanjawan Selangor 2022: Dasar Memudahcara Perniagaan diperkenalkan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Dasar Memudahcara Perniagaan bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan luar negara menjadikan negeri itu pilihan utama pelaburan.

Belanjawan Selangor 2022 bernilai lebih RM2.34 bilion - MB
Jumlah itu merangkumi RM1.2 bilion atau 52 peratus bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.