KUALA LUMPUR: Kerajaan pada tahun ini menyediakan dana sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif sebagai usaha meminiumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kementerian berkenaan harus memastikan dana tersebut dilaksana secara berkesan dan mengelakkan daripada berlaku sebarang ketirisan.
"Konsep Payung Rahmah telah diperkenalkan sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan. Salah satunya ialah inisiatif Menu Rahmah yang menganjurkan jualan set hidangan pada harga hanya RM5. Alhamdulillah inisiatif Menu Rahmah ini dijangka terus menerima sambutan yang baik daripada pengusaha makanan dan rakyat.
"Saya ucap terima kasih kepada peniaga, penjaja, pekerja warung, restoran kecil yang mencatat untung kecil tetapi sanggup membantu rakyat susah," kata Anwar merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2023 di sini
Anwar berkata, melalui Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran dengan penyediaan RM100 juta untuk menjayakan program tersebut di 222 kawasan Parlimen.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan.
Menyentuh berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk golongan B40, Anwar berkata, isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
"Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
"STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion," katanya.
Anwar berkata, kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah khusus kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan RM400 juta. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Kerajaan menyediakan dana sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif sebagai usaha meminiumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. - Gambar hiasan
Jalan masuk utama ke HUMS siap digunakan - Alexander
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jalan berkenaan turut membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik jalan dalaman UMS selain menjimatkan masa perjalanan ke HUMS.
Jijik! Empat kilang proses makanan diarah tutup
Empat kilng memproses makanan di Tawau diarah tutup 14 hari selepas didapati tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.
Dua remaja bawah umur didakwa merogol
Dua remaja masing masing berumur antara 13 dan 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan merogol seorang kanak kanak perempuan berumur 12 pada 26 September lalu.
Maut jatuh tebing: 'Arwah baru bekerja tiga bulan di tempat baharu' - Abang
Juruteknik, Khairul Nizam Jaafar maut selepas terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagles Nest Skywalk di Gunung Machinchang di Langkawi.
Pasukan remaja raih gangsa acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Dunia
Pada aksi yang berlangsung di Nanchang, China itu pasukan negara kendalian Jeffer Rosobin tumpas 110-76 sekali gus meraih pingat gangsa.
Lima lelaki didakwa cuba bunuh anggota polis
Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh anggota polis di Arau Sept lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Lantikan politik pentadbiran PMX kedua terendah dalam lima pentadbiran
Analisis Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati, 95 pelantikan politik dibuat sepanjang tempoh Perdana Menteri menerajui kerajaan hingga kini, berbanding 273 pelantikan pada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yasin (186 pelantikan), yang masing-masing mentadbir selama 17 dan 15 bulan.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Penjaga jentera elektrik direman minta rasuah RM30,000
Lelaki itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Pulau Pinang di sekitar Penaga dekat sini kira-kira 8 malam Khamis.
Taiwan masih berdepan kesan Taufan Krathon, sebahagian kawasan masih ditutup
Meskipun sebahagian besar pekerja dan para pelajar kembali kepada rutin harian mereka, beberapa kawasan masih ditutup susulan kesan buruk taufan itu.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.