KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai penerusan dan peluasan kepada inisiatif yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Selain itu, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata peruntukan kewangan yang lebih besar berbanding tahun lalu memerlukan disiplin fiskal yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.
“Ini memerlukan kepada satu disiplin fiskal yang sangat tinggi di pihak kerajaan dan saya mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri untuk memastikaan ketelusan dalam pengagihan perbelanjaan.
“Cuma di pihak kami agak sedikit terkilan kerana tidak nampak kesungguhan daripada aspek pengagihan kepada negeri-negeri pembangkang.
“Selain itu, dikembalikan istilah wang ihsan walaupun wang ihsan itu satu pemberian tetapi haknya adalah pemberian tunai yang sepatutnya diberikan terus kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Lobi Parlimen pada Jumaat.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada petang Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan akan memperuntuk sebahagian daripada Wang Ihsan Kelantan dan Terengganu untuk disalurkan secara langsung bagi membantu golongan miskin.
Mengulas lanjut, Mohd Syahir berkata, beliau sudah menjangkakan bahawa Kementerian Kewangan tidak akan mengumumkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Jelas beliau, ia satu pertimbangan yang sukar kerana perlu mengambil kira daya tahan KWSP dan keperluan rakyat.
“Cuma mungkin ada pengecualian atau pertimbangan dan jika diteliti kaedah bersasar itu kepada golongan yang mungkin ada hutang yang tidak mampu dibayar, maka perlu ada mekanisme yang lebih bersasar perlu dipertimbangkan.
“Kita memang mengakui bahawa KWSP perlu dijaga supaya dividennya lebih kompetitif pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi rasuah pula, beliau berkata ia perlu dilakukan secara agresif.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh bertoleransi dan pilih bulu jika mahu mengekang aktiviti berkenaan.
“Di pihak kami khususnya Pas dan Kerajaan Negeri, kita membuka pintu seluasnya kepada kerajaan untuk menyiasat.
“Pihak kami tidak bimbang dan sewajarnya tidak ada pilih kasih atau memilih bulu dalam konteks ini. Perlu tegas dan agresif,” ujar Mohd Syahir.
Terdahulu, Kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini bagi melindungi pemberi maklumat.
Anwar berkata inisiatif itu dilaksanakan supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar berhasil.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 24 2023
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman (gambar) berkata peruntukan kewangan yang lebih besar berbanding tahun lalu memerlukan disiplin fiskal yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan - Foto/ Astro AWANI
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.