KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran meminda Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanajawan) 2021 dalam memastikan penyampaian yang lebih menyeluruh dapat dinikmati rakyat.
Penganalisis Penyelidikan, O2 Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berkata ia meliputi tiga perkara asas iaitu rantaian tawaran dan perkhidmatan, peluang pekerjaan serta pembangunan pendidikan dan luar bandar.
Berkait rantaian tawaran dan perkhidmatan, Anis Anwar berkata Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan inisiatif subsidi upah perlu dipertingkatkan berbanding peruntukan sebelum ini.
"Cuma kalau kita tengok, subsidi ini belum cukup untuk menampung operasi syarikat yang telah mengalami kerugian atau penurunan pendapatan yang sangat besar sehingga 30 hingga 40 peratus.
"Saya kira kerajaan perlu tambah lagi subsidi upah mungkin mencecah hingga 70 peratus supaya syarikat boleh operasi sedia kala atau kembali normal seperti sebelum pandemik COVID-19 ini," katanya kepada Astro AWANI.
Ia akan menjadikan produktiviti individu mahupun perusahaan itu bukan sahaja dipulihkan, malah ditingkatkan.
Mengulas berkenaan mencipta peluang pekerjaan, beliau berkata kerajaan perlu memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang lain dan bukan hanya sektor perindustrian, pembuatan dan perkhidmatan sahaja.
"Kerajaan perlu tumpukan (tingkat peluang pekerjaan) melibatkan sektor-sektor yang lain juga sebab kalau kita tengok, jumlah pekerjaan yang dicipta hanya dua hingga tiga peratus sebagai contoh dalam sektor pertanian.
"Jadi kita perlu tambah dalam sektor yang kurang diberi penekanan sebelum ini. Kerajaan perlu juga teroka bidang-bidang baharu khususnya dalam bidang bekalan tenaga bersih," jelasnya.
Berkait pembangunan pendidikan dan luar bandar, Anis Anwar turut berharap supaya kerajaan meningkatkan fasiliti sekolah kebangsaan supaya ia bertaraf antarabangsa.
"Saya kira pembangunan luar bandar dan pendidkkan ini perlu ada visi yang lebih jauh.
"Contohnya seperti pembangunan pendidikan di mana kerajaan perlu fikir untuk sediakan fasiliti berkelas antarabangsa dan dasar satu guru 20 murid.
"Ini akan memastikan ibu bapa sekarang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada sekolah kebangsaan dan mereka boleh menghantar semula anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan berbanding ke sekolah-sekolah persendirian atau sekolah antarabangsa," ujarnya.
Justeru, beliau berharap kerajaan mengambil pandangan pelbagai pihak dalam memastikan belanjawan yang holistik dapat dilaksanakan dan dinikmati semua peringkat masyarakat.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 25 2020
Tiga pindaan Belanjawan 2021 perlu dilakukan meliputi tiga perkara asas iaitu rantaian tawaran dan perkhidmatan, peluang pekerjaan serta pembangunan pendidikan dan luar bandar. - Foto BERNAMA
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.