KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga hujung 2023.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) dan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata tinjauan itu adalah berdasarkan jangkaan pertumbuhan dan inflasi yang menyederhana pada separuh kedua tahun ini.
HLIB berkata berikutan prestasi keluaran dalam negara kasar yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2023 iaitu pada 5.6 peratus tahun ke tahun, momentum ekonomi Malaysia dilihat perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan eksport yang menguncup kerana permintaan luar yang menurun.
Bagaimanapun katanya, kemerosotan data perdagangan adalah dalam jangkaan BNM.
"Walaupun prospek pertumbuhan tertakluk kepada risiko penurunan yang berpunca daripada perkembangan luaran, risiko kenaikan timbul terutamanya daripada faktor domestik termasuk aktiviti pelancongan yang lebih tinggi daripada jangkaan dan pelaksanaan projek yang pantas," katanya dalam satu nota hari ini.
CGS-CIMB percaya imbangan risiko kepada pertumbuhan kini cenderung ke arah penurunan, dengan kemungkinan kelembapan global kelihatan lebih ketara daripada yang dijangkakan sebelum ini, terutamanya memandangkan kesan yang kurang ketara daripada pembukaan semula China.
Kemerosotan dalam eksport baru-baru ini mungkin mengubah naratif BNM ke arah lebih neutral, sekurang-kurangnya sehingga eksport mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan, katanya.
BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 5-6 Julai, selepas dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat 2-3 Mei.
Maybank Investment Bank Bhd turut mengunjurkan OPR akan dikekalkan pada 3.0 peratus, dengan pandangan berhati-hati terhadap pertumbuhan dan inflasi.
"Bagi baki tahun ini, ekonomi akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan berikutan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, terutama dalam sektor berorientasikan domestik, perbelanjaan pengguna yang menyokong ditambah pemulihan dalam ketibaan pelancong dan aktiviti berkaitan pelancongan, di samping kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun yang menyokong aktiviti pelaburan," katanya.
Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menjangka BNM akan menggunakan pendekatan berhati-hati, memantau dengan teliti perkembangan penting dasar bank pusat.
Katanya, sekiranya ekonomi domestik Malaysia melebihi jangkaan, adalah tidak mustahil bagi bank pusat mempertimbangkan untuk menormalkan secara beransur-ansur Keperluan Rizab Berkanun kepada 3.00 peratus pada separuh pertama 2024.
"Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada pendirian dasar monetari semasa akan tertakluk kepada penilaian yang teliti berdasarkan penambahbaikan selanjutnya dalam keadaan makroekonomi, terutamanya pemulihan berterusan pasaran buruh dan pengembangan permintaan domestik yang berterusan serta kadar tekanan inflasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 5-6 Julai, selepas dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat 2-3 Mei. - Gambar fail
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.