KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyusut kepada RM105.92 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM158.71 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan elaun bersih yang lebih tinggi untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan.
Bagaimanapun, hasil naik 0.4 peratus kepada RM773.97 juta daripada RM770.92 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
"Prestasi itu diterjemahkan kepada pendapatan sesaham kumpulan sebanyak 4.95 sen dan pulangan tahunan ke atas ekuiti sebanyak 6.4 peratus selepas cukai dan zakat," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bank itu berkata pendapatan berasaskan dana bersih meningkat 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM477.78 juta kebanyakannya didorong oleh pendapatan lebih tinggi daripada pembiayaan manakala pendapatan bukan berasaskan dana menurun sebanyak 37.1 peratus kepada RM45.34 juta kerana keuntungan bersih lebih rendah daripada penjualan aset kewangan pada nilai saksama dan kerugian bersih lebih tinggi daripada penilaian semula aset kewangan pada nilai saksama.
"Jumlah aset kumpulan meningkat tahun ke tahun sebanyak 11.2 peratus kepada RM80.5 bilion dengan aset bersih sesahamnya pada RM3.09.
"Pembiayaan kasar meningkat sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun kepada RM59.8 bilion manakala deposit pelanggan dan akaun pelaburan berjumlah RM68 bilion dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM6.6 bilion atau 10.8 peratus," katanya.
Bank Islam berkata jumlah akaun semasa dan simpanan serta akaun pelaburan urus niaga (CASATIA) berada pada paras yang sihat iaitu 38.6 peratus daripada jumlah deposit pelanggan dan akaun pelaburan manakala nisbah pembiayaan terjejas kasar ialah 1.02 peratus berbanding 0.96 peratus pada hujung tahun lepas.
Jumlah nisbah modal kumpulan kekal kukuh pada 19.5 peratus sehingga 31 Mac 2022, katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu komited untuk merealisasikan aspirasi dan strategi LEAP25 kerana ia memanfaatkan pemulihan ekonomi yang dijangkakan.
"Kami kini berada dalam fasa pertumbuhan baharu yang berasaskan prinsip persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk memacu penyampaian dan prestasi serta membangunkan Rangka Kerja ESG, menggabungkan iklim dan pengurusan risiko yang mampan dalam penilaian kredit.
"Aspirasi LEAP25 kami adalah untuk menjadi penyedia terkemuka bagi penyelesaian pembiayaan Shariah-ESG menjelang akhir tahun 2025," katanya,
Mengenai cadangan perbankan digital, beliau berkata bank itu telah mengambil usaha proaktif dalam menetapkan teknologi, kakitangan dan produk yang betul untuk memenuhi keperluan segmen sasarannya dan berharap untuk memperkenalkan cadangan perbankan digital Bank Islam pada suku ketiga tahun ini.
Mohd Muazzam berkata kumpulan itu menjangkakan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas tahun ini dan sebarang kenaikan dalam OPR akan memberi kesan yang baik kepada keuntungan kumpulan.
Walaupun pembukaan semula ekonomi serantau membawa kepada peningkatan dalam pertumbuhan pembiayaan dan mengurangkan caj susut nilai, kelemahan pasaran yang dilihat sebelum ini telah mengurangkan kesan positif tersebut, katanya.
Bagaimanapun, kumpulan itu terus berhati-hati apabila melihat ketidaktentuan ekonomi di sekeliling termasuk gangguan terhadap pertumbuhan perdagangan, harga komoditi yang melambung tinggi dan situasi geopolitik.
"Kami akan meneruskan daya tarikan kepada perniagaan dan saluran kami menuju tahun 2025 melalui lima pemacu perniagaan kami iaitu pengurusan kekayaan, kewangan sosial, bank digital, perusahaan dan perbankan borong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Bank Islam berkata, jumlah nisbah modal kumpulan kekal kukuh pada 19.5 peratus sehingga 31 Mac 2022. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan
Cawangan Agrobank yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kiosk Rantau Panjang.

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Pelanggan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.

Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.