Bank Dunia berkata Malaysia kekal sebagai destinasi yang baik untuk pelabur global, dan akan terus menjadi pilihan, disebabkan dasar ekonominya yang terbuka, selain infrastruktur yang baik dan lokasinya yang strategik.
Wakil Bank Dunia ke Malaysia/Pengurus Negara, Faris Hadad-Zervos berkata iklim pelaburan yang baik dan kos yang kompetitif juga menyediakan pelabur global persekitaran yang kondusif untuk perniagaan.
"Malaysia sentiasa berapa dalam kekedudukan 20 teratas, dalam pelbagai ranking antarabangsa, termasuk menjalankan perniagaan Bank Dunia.
"Ia juga mempunyai infrastruktur dan perhubungan yang sangat maju, ekonomi pelbagai, dasar kerajaan yang proaktif dan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bahasa.
"Semua ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik," katanya kepada Bernama di luar acara Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 2016 di sini hari ini.
Faris berkata Malaysia telah menerima sejumlah besar pelaburan langsung asing (FDI) dan portfolio.
Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI bersih RM43.4 bilion pada 2015 Asia merupakan sumber utama FDI (64.7 peratus), diikuti Amerika (16.4 peratus) dan Eropah (14.1 peratus).
Faris berkata sokongan itu menghapuskan persepsi salah yang terhadap Malaysia, dan pada masa yang sama menunjukkan asas ekonomi negara ini yang semakin baik.
Beliau juga menegaskan bahawa dalam mana-mana negara di dunia, tumpuan perlu diberikan kepada gambaran yang lebih besar ke atas ekosistem tanpa prejudis ke atas kedudukan di Malaysia.
"Jika anda melihat nombor, ternyata terdapat jumlah pelaburan yang besar masuk ke Malaysia. Malah, tahun lepas, pelaburan bersih adalah positif," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata setiap usaha dibuat untuk menyediakan persekitaran yang terbuka dan telus untuk syarikat asing melabur.
"Mereka ketahui apa yang Malaysia tawarkan dari segi persekitaran perdagangan.
"Oleh itu, ia memudahkan mereka. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia juga dapat memastikan penyalurkan maklumat yang diperlukan untuk pelabur berpotensi," katanya.
Bernama
Fri Nov 18 2016
Sokongan itu menghapuskan persepsi salah yang terhadap Malaysia, dan pada masa yang sama menunjukkan asas ekonomi negara ini yang semakin baik. - Gambar fail
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.