KUALA LUMPUR: Bajet 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyaksikan peningkatan 13.54 peratus, iaitu sebanyak RM1.4 bilion berbanding tahun 2022 sebanyak RM1.2 bilion.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, peningkatan itu susulan anggaran pendapatan zakat MAIWP bagi tahun depan meningkat sebanyak 15.7 peratus berbanding tahun 2022, berjumlah RM1.11 bilion.
Kata Mohd Daud, intipati bajet tersebut juga selaras usaha pemerkasaan dan pemberdayaan sosioekonomi ummah dengan memberi fokus kepada pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf; pemerkasaan modal insan melalui pendidikan, latihan dan kompetensi pegawai; promosi dan program berimpak tinggi; pengukuhan anak syarikat yang berdaya saing dan pemakaian piawaian perakaunan.
“Pada tahun 2023, MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1 bilion melalui pusat pungutan zakat, PPZ-MAIWP.
“Lain-lain anggaran pendapatan MAIWP tahun 2023 terdiri daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan, terimaan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan melibatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
“Manakala, anggaran perbelanjaan MAIWP tahun 2023 adalah melibatkan perbelanjaan keseluruhannya RM1.4 bilion terdiri daripada perbelanjaan agihan zakat kepada asnaf berjumlah RM1.1 bilion, pengurusan berjumlah RM199 juta dan pembangunan RM70 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu Sidang Media Bajet MAIWP 2023 dan Program MAIWP-Insani, di Bangunan PERKIM, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menambah, bagi menampung anggaran perbelanjaan tahun 2023, pihaknya telah menyediakan Bajet Defisit melalui pencairan rezab simpanan dan wang tunai sebanyak RM162.12 juta.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, MAIWP turut mengambil tindakan proaktif dengan menyalurkan Bantuan Zakat Khas di bawah Program MAIWP INSANI kepada asnaf-asnaf di Wilayah-wilayah Persekutuan.
Bantuan tersebut melibatkan 73,895 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM50 juta dan akan disalurkan secara berperingkat sehingga Disember 2022.
“Seramai 30,000 penerima bantuan kewangan bulanan akan menerima bantuan zakat khas RM1,000 seorang dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta yang mana RM250 telah dibayar pada Ogos 2022 manakala baki RM750 akan dibayar pada Disember tahun ini.
“Selain itu, 36,750 penerima bantuan am persekolahan akan menerima zakat khas RM200 seorang melibatkan perbelanjaan RM7.35 juta,” ujarnya.
Sementara itu, katanya, seramai 6,600 peneria bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima zakat khas RM500 seorang melibatkan perbelanjaan RM3.3 juta.
“Antara lain, bantuan zakat kahs bagi membiayai pelaksanaan aktiviti pelajar asnaf dan pembaikan infrastruktur sekolah rendah dan menengah, KAFA dan tahfiz di seluruh Wilayah Persekutuan melibatkan 530 institusi akan menerima RM30,000, dengan perbelanjaan RM15.9 juta.
“Manakala, bantuan khas tabung kebajikan hospital untuk menampung kos rawaan asnaf di 15 buah hospital melibatkan perbelanjaan sebanyak RM950,000,” katanya.
Untuk rekod, setakat Oktober tahun ini, MAIWP telah mengagihkan kira-kira RM700 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan.
Ehsan A Marisah
Tue Nov 22 2022

Pembentangan Bajet MAIWP 2023 dan Program MAIWP-Insani, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

MAIWP peruntuk RM19.97 juta menerusi Bantuan Ihya’ Ramadan tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM19.97 juta bagi memastikan program pengimarahan masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini dilaksanakan dengan lebih berkesan.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.