KOTA BHARU: Kerajaan akan memperkasakan ekonomi digital luar bandar menerusi Bajet 2023 yang bakal dibentang pada Oktober depan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata ia berikutan pendapatan menerusi e-dagang telah meningkat 7.7 peratus pada suku kedua tahun ini membabitkan nilai RM288.2 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas yang hanya RM267.2 bilion.
Katanya susulan itu juga pihaknya turut menjangkakan prospek membabitkan ekonomi digital pada tahun 2023 akan meningkat sekali gus menguatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan pendigitalan juga berlaku di luar bandar.
"Kalau kita lihat, pasaran e-dagang ini berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu kita akan melihat keperluan menerusi Bajet 2023 bagi memperkasakan teknologi digital luar bandar.
"Malah dengan perkembangan semasa mengenai e-dagang setakat ini kita boleh merumuskan bahawa negara berada di landasan yang betul untuk memiliki saiz pasaran e-dagang sebanyak RM1.65 trilion menjelang 2025," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok di Sekolah Kebangsaan (SK) Kadok, Ketereh di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Kadok Roynun Setapa.
Mengulas lanjut Mohd Shahar berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah merekodkan jumlah pendapatan transaksi e-dagang pada 2021 sebanyak RM1.09 trilion.
Katanya jumlah itu meningkat sebanyak 21.8 peratus berbanding RM896.4 bilion pada tahun 2020 sekali gus menjadikan buat kali pertama pendapatan daripada urus niaga e-dagang mencecah paras RM1 trilion.
Sementara itu Mohd Shahar berkata pihaknya turut menjangka negara bakal berdepan dengan sedikit cabaran ekonomi pada tahun depan.
"Oleh itu, Bajet 2023 juga akan melihat subsidi kepenggunaan dan langkah-langkah drastik yang boleh dilakukan untuk memulihkan ekonomi supaya pada tahun depan kita mempunyai ruang yang cukup untuk memastikan kebajikan dan kesihatan rakyat terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Datuk Mohd Shahar Abdullah (tengah) mengibar Jalur Gemilang pada Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat DUN Kadok di Sekolah Kebangsaan Kadok hari ini. - Bernama
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.

Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.

Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.