KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Jamin Kerja) yang melibatkan peruntukan sejumlah RM4.8 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian Jamin Kerja dengan sasaran 300,000 orang membabitkan peruntukan RM2 bilion.
"Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.
Insentif itu, kata beliau, turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.
Selain itu, beliau berkata inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.
Menurut beliau, Bajet 2022 turut menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.
“Diharapkan melalui pelaksanaan inisiatif Jamin Kerja serta langkah pemulihan ekonomi dapat menurunkan kadar pengangguran negara kepada empat peritus dan mencapai tahap guna tenaga penuh,” katanya.
Bagi menggalakkan rakyat mengikuti program latihan dan bidang baharu, pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan kepada RM2,000 hingga tahun 2023.
Tengku Zafrul berkata, pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000 turut diberikan kepada mereka yang mengambil kursus dengan badan-badan professional yang diluluskan merangkumi bidang perakaunan, kewangan, berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
“Kerajaan juga bercadang melanjutkan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluas kepada semua bidang pengajian,” katanya.
Umavathi Ramayah
Fri Oct 29 2021
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Perkeso juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300,000 orang. - Gambar Jabatan Penerangan
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
[INFOGRAFIK] Kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
[TERKINI] Lima individu hilang ketika latihan Regata Sarawak
Lima individu dilaporkan hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa ketika menyertai latihan sempena Regata Sarawak
RM2.8 juta: Penyelenggaraan jalan yang tidak selamat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat kepada 300 juta tahun ini
Kecerdasan Buatan: Malaysia sasar wujudkan 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025
Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi pelbagai sektor, dalam enam tahun akan datang.
Polis Singapura siasat 305 suspek kes penipuan
Polis Singapura sedang menyiasat 305 suspek kes penipuan susulan operasi penguatkuasaan dari 30 Ogos hingga 12 Sept.
Potensi siswazah pengajian Bahasa Melayu, linguistik bekerja di China makin meluas
Pekerjaan yang menggunakan bahasa Melayu di China semakin berkembang meliputi pelbagai aspek seperti pertanian, automotif dan pelancongan.
Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS
Paramount Global mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Rakyat Malaysia teruja tetapi bimbang tentang AI, kata kajian Ipsos
Walaupun rakyat Malaysia teruja dengan potensi AI, kebimbangan tentang jaminan pekerjaan dan kadar perubahan teknologi juga berleluasa.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Talentbank dedah majikan terbaik untuk bekerja di Malaysia pada 2024
Pemenang terkenal termasuk AIA Shared Services, Johnson Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove dan Uniqlo.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.