Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan dua digit bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 januari 2015.
Peningkatan 12% itu dipacu yang didorong peningkatan pelanggan TV berbayar, pelanggan NJOI, Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) dan hasil pengiklanan. Ia juga mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 25% kepada RM266 juta bagi separuh pertama tahun ini.
ARPU suku kedua meningkat 3% kepada RM98 pada suku kedua berbanding RM97.10 pada suku pertama disokong langganan produk tambah nilai Astro. Manakala, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 15% kepada RM903 juta.
"Kami meneruskan pelaksanaan terhadap strategi utama kami iaitu meningkatkan jumlah asas pelanggan, meningkatkan ARPU dan memacu bahagian pengiklanan. Kami menawarkan lebih banyak pilihan dalam kandungan dan pakej pengguna, termasuk Astro Superpack, Astro Valuepack dan Astro Family Pack serta NJOI, perkhidmatan TV satelit langganan percuma pertama Malaysia.
"Asas pelanggan kami semakin meningkat, untuk kedua-dua Astro dan NJOI pada kos pengambilalihan pelanggan lebih rendah. Jumlah asas pelanggan telah meningkat sebanyak 491,000 tahun ke tahun kepada 4.2 juta, peningkatan sebanyak 127,000 untuk Astro dan 364,000 untuk NJOI.
"Pertumbuhan dalam asas pelanggan meliputi semua demografi dan kami amat gembira dengan pertumbuhan dalam asas pelanggan berbangsa Cina kami, didorong oleh pakej Astro seperti Chuen Min Pack dan Dynasty Pack, serta pengambilalihan daripada NJOI yang lebih tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO, Datuk Rohana Rozhan.
Penembusan Astro melalui isi rumah TV di Malaysia meningkat daripada 54% kepada 60%. Astro Radio telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor satu bagi semua 4 bahasa. Bahagian yang menunjukkan peningkatan adalah penontonan TV dan pendengaran radio yang mendorong hasil pengiklanan yang lebih tinggi, peningkatan sebanyak 7% kepada RM290 juta.
Dato 'Rohana Rozhan membuat kesimpulan, "Ini merupakan suku luar biasa pernah berlaku melalui liputan FIFA WORLD CUP BRAZIL 2014 dengan rekod tontonan TV sebanyak 8.2 juta (Astro On The Go) dan 1.9 juta (aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup)".
Tambah beliau, pertambahan kapasiti selepas pelancaran satelit MEASAT-3B membolehkan Astro menawar produk nilai tambah kepada pelanggan terutama bagi siaran definisi tinggi (HD).
Susulan prestasi kewangan memberangsangkan tersebut Pengerusi Astro Tun Zaki Azmi berkata ahli lembaga pengarah mengumumkan dividen interim pada 2.25 sen sesaham. Ia sekaligus menjadikan dividen bagi enam bulan pada 4.5 sen sesaham, iaitu 12.5% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.
Astro Awani
Fri Sep 19 2014
Astro mengumumkan laporan kewangan separuh pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2015.
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan
Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor, selepas menjalani beberapa sesi rawatan.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.