KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentu, berpunca daripada ketidakstabilan matawang asing, ia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
PATAMI Ternormal pula mencatatkan RM35juta, namun ia tidak merangkumi cukai kerugian tukaran mata wang asing bagi pajakan berkaitan transponder.
Ia berkata, aliran tunai bebas direkodkan sebanyak RM134juta, dengan 3.8x PATAMI Ternormal dan syarikat akan sentiasa berhemah dan proaktif dalam pengurusan modal walaupun dilanda pelbagai cabaran ekonomi.
Mengulas mengenai prestasi semasa, Astro berkata, jumlah pemasangan dekoder Ultra dan Ulti Box telah meningkat 22 peratus dari tahun ke tahun ke 1 juta pelanggan.
Pertumbuhan Adex pula, mencatatkan pertumbuhan 11 peratus suku ke suku kepada RM109 juta, dengan pencapaian konsisten untuk TV, radio, dan platform digital, manakala penguasaan pasaran Radex, TV Adex dan Digital Adex mencatatkan 77 peratus, 30 peratus, dan 2 peratus.
Jenama Astro Radio kekal teguh sebagai stesen nombor satu negara untuk semua bahasa dengan mencatatkan 18.2 juta pendengar di radio FM, dan digital mingguan, manakala aplikasi audio hiburan popular Malaysia, SYOK mencapai 554,000 pendengar podcast mingguan.
Astro dalam kenyataan yang sama terus komited memerangi cetak rompak, menerusi kerjasama dengan pelbagai Kementerian dan Agensi demi melindungi individu dan perniagaan yang bersandar terhadap industri hiburan dan penyiaran.
“Sebanyak 13 kes yang melibatkan individu dan perniagaan didakwa di mahkamah dengan 113 peranti penstriman haram (ISD) dirampas, serta denda yang dikenakan berjumlah RM219,000.00. Usaha dan kerjasama akan dipertingkatkan lagi untuk tahun kewangan baharu,” katanya lagi.
Dalam pada itu Astro berkata, kekuatan dolar Amerika Syarikat ketika ini memberikan kesan mendalam terhadap kos perniagaan, manakala keadaan ekonomi tempatan (yang dipengaruhi faktor geopolitik), serta sentimen pengguna lemah, termasuk kesan penyelarasan cukai perkhidmatan, memberi cabaran kepada pertumbuhan hasil.
Bagi tujuan meringankan beban, Astro berkata ia telah memperkenalkan pakej pengenalan yang lebih berpatutan bagi televisyen berbayar, dan juga Sooka pada tahun lepas, sekali gus meningkatkan nilai produk dan perkhidmatannya.
Firdaus Azil
Thu Mar 21 2024
![Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024 Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687171316_AstroLogo.jpg)
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentu, ia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738637444_DINNERGV.jpg)
Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
![Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738486246_DINNERGV.jpg)
Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
![Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737003998_TBAstro.jpg)
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
![Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737368712_TBaattam.jpg)
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
![Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024 Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737154234_TBPutraBrands.jpg)
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
![Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735978835_ASTROSMKMELAWATI.jpg)
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
![Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735804180_KonsertCountdownMe.jpg)
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
![GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735534606_TBGEGARVAGANZA.jpg)
GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus
Zehra berharap Illa dan Reshmonu akan terus semangat dan kembali aktif dalam industri muzik, walaupun tersingkir dari GV11.
![Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735455681_TBinnovathon.jpg)
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
![Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734156785_TBastro.jpg)
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.