KUALA LUMPUR: Anugerah Enterprise 50 (E50) 2024 yang mengiktiraf pencapaian terbaik perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam perniagaan kini kembali dengan pencarian 50 PMKS tempatan terunggul di Malaysia.
Program dwitahunan itu juga merupakan mekanisme penilaian terhadap PMKS yang mampu mendorong perubahan ke arah peningkatan daya saing serta sumbangan mereka kepada ekonomi negara.
Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata anugerah ini turut menyasarkan PMKS tempatan yang menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk pasaran antarabangsa.
“Kita buka penyertaan seluasnya kepada semua PMKS kepada semua lapisan masyarakat tidak kira dalam atau luar bandar, golongan wanita, belia dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah E50 2024 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) Tan Sri Bernard Dompok.
Ewon berkata program anjuran SME Corp. Malaysia yang telah diadakan sejak 1997 itu turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Amalan ESG Terbaik E50 selain ketagori sedia ada iaitu Anugerah Usahawan Wanita Terbaik E50 dan Anugerah Usahawan Eksport Terbaik E50.
“Anugerah baharu yang kita perkenalkan ini sebab kita mahu syarikat PMKS menerapkan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Ewon berkata sejak anugerah itu diperkenalkan, sejumlah 2,225 PMKS telah menyertai program ini dan sebanyak 763 syarikat telah menerima anugerah E50 ini.
“Daripada jumlah ini juga, sebanyak 67 pemenang telah berjaya tersenarai dalam pasaran modal,” katanya.
Permohonan Anugerah E50 2024 pada tahun ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui Sistem MyBPI dan pencalonan akan dibuka sehingga 30 Jun depan dan programnya dijangka akan diadakan pada Oktober depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Ewon berkata anugerah ini turut menyasarkan PMKS tempatan yang menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk pasaran antarabangsa. - Gambar Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Usahawan rempah-ratus 'bidan terjun' jana pendapatan lima angka sebulan
Ibu dua anak bukan sahaja berjaya meneruskan legasi keluarga, malah mampu menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan.

FAMA galak usahawan bazar Ramadan sumbang makanan kepada golongan memerlukan
Pengarah FAMA Sarawak Norsalawaty Abdul Kadir berkata inisiatif berkenaan sekali gus dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Kementerian Digital lancar garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan di sektor awam
Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam sebagai inisiatif utama untuk memudahkan agensi sektor awam mengadaptasi teknologi AI dengan bertanggungjawab.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.