KUALA LUMPUR: Pelabur asing dan runcit membeli bersih ekuiti bagi minggu berakhir 11 Mac dengan mencatat aliran masuk sebanyak RM896.5 juta.
Bagaimanapun, aliran masuk asing bagi minggu tersebut pula berjumlah RM649 juta, lebih rendah berbanding minggu sebelumnya, sebanyak RM1.08 bilion.
Menurut laporan aliran dana mingguan MIDF Research, pada Isnin minggu lalu, pelabur runcit dan asing masing-masing membeli RM57.8 juta dan RM142.6 juta ekuiti tempatan.
"Pelabur institusi tempatan pula memulakan minggu tersebut dengan menjual ekuiti sebanyak RM200.4 juta," katanya dalam laporan itu hari ini.
Berdasarkan laporan tersebut, pelabur asing membeli ekuiti setiap minggu sejak sebulan lalu mulai 7 Februari, menjadikan ia 25 hari berturut-turut tanpa gangguan.
Aliran masuk asing paling tinggi direkodkan pada Khamis minggu lalu sebanyak RM172.6 juta dan terendah pada Selasa sebanyak RM76.36 juta.
Pelabur institusi tempatan pula menjual ekuiti sejak 4 Februari lalu, dengan aliran keluar minggu paling tinggi direkodkan pada Rabu sebanyak RM223.7 juta manakala paling rendah, RM84.49 juta.
Sementara itu, pelabur runcit membeli ekuiti setiap hari minggu lalu kecuali Jumaat sebanyak RM32.5 juta.
Pembelian ekuiti paling tinggi direkodkan pada Selasa sebanyak RM121.7 juta manakala paling rendah pada Khamis, RM17.21 juta.
"Secara keseluruhan, bagi minggu kesepuluh tahun ini, pelabur asing membeli RM649.1 juta ekuiti diikuti pelabur runcit, RM247.4 juta manakala pelabur institusi tempatan menjual RM896.5 juta," katanya.
Dari segi penyertaan pelabur, ia menyaksikan pelabur runcit, institusi tempatan dan asing masing-masing mencatat pergerakan nilai purata dagangan sebanyak +8.09%, -2.09% dan -14.3%.
"Bagi asas tahun ke tahun, kami mendapati sebanyak RM4.41 bilion aliran masuk daripada pelabur asing manakala RM630 juta daripada pelabur runcit.
"Pelabur institusi tempatan pula satu-satunya penjual bersih ekuiti tempatan sebanyak RM5.04 bilion," jelas laporan tersebut. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 14 2022

Aliran masuk asing paling tinggi direkodkan pada Khamis minggu lalu iaitu sebanyak RM172.6 juta dan terendah pada Selasa sebanyak RM76.36 juta. - Gambar fail

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut.

Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.

Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Majoriti belian bersih itu dicatat pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila MPC BNM memutuskan OPR kekal pada 3 peratus.

Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.

Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.

Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.