Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap pindaan Akta Syarikat 2016 yang diluluskan Parlimen April tahun lalu, akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di negara ini, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, akta berkenaan yang dilaksana secara berperingkat sejak Januari lepas, antara lain membolehkan syarikat dorman dikecualikan daripada menyerahkan laporan tahunan.
"Syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 dalam tempoh tiga tahun, akan juga dikecualikan daripada mengemukakan laporan tahunan kerana kita faham ada beberapa syarikat telah ditubuhkan oleh satu entiti, tetapi tidak semua akan berjaya," katanya.
Hamzah berkata demikian pada majlis pelancaran Anugerah Perniagaan Platinum 2017 di sini, hari ini.
Menurut beliau dengan tindakan itu, syarikat akan menjimatkan sebahagian kos pengauditan dalam operasi perniagaan mereka. Beliau juga menggalakkan PKS mengambil manfaat daripada Zon Perdagangan Bebas Digital (DTFZ), iaitu kerjasama antara Alibaba Group dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, kerana ia akan membolehkan mereka mendapat akses kepada pasaran global.
Pengeksport PKS Malaysia mungkin boleh menggunakan DTFZ bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran China, contohnya durian dan buah-buahan temptan lain yang menjadi kegemaran mereka," katanya.
Mengenai penetapan harga bahan api, Hamzah berkata, walaupun ia dibuat berdasarkan pergerakan harga pasaran global, terpulang kepada syarikat pengeluar minyak dan pengendali stesen minyak sendiri jika mereka mahu menetapkan harga di bawah harga siling.
"Bagaimanapun, sebarang keputusan mengenai harga dan promosi lain tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran kementerian," kata Hamzah.
Mengenai jualan produk stevia palsu, Hamzah berkata, kementeriannya dan Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dalam siasatan untuk memastikan usahawan terlibat lebih bertanggungjawab dan beretika.
Laporan baru-baru ini menyatakan ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk tidak mengandungi ekstrak tanaman tetapi gabungan kimia berbahaya.
Anugerah Perniagaan Platinum 2017 bertema 'Kemampanan Melalui Teknologi dan Inovasi' itu memaparkan 21 kategori anugerah, termasuk satu kategori baharu, iaitu Anugerah Kecemerlangan Internet Benda.
Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, semua PKS dan entiti berkelayakan digalak menyertai anugerah tersebut melalui permohonan dalam talian di www.pbasme.com.my sehingga 15 Julai.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur angerah, Datuk Seri Ricky Yaw berkata, pengauditan untuk pencalonan anugerah akan bermula pada Ogos.
"Pemenang akan dimaklumkan pada September diikuti dengan majlis anugerah pada Oktober tahun ini," kata Yaw. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap pindaan Akta Syarikat 2016 yang diluluskan Parlimen April tahun lalu, akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di M'sia, dan perusahaan kecil dan sederhana. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pertuduhan terhadap pengarah FGP Ventures ditarik balik
Pada 9 Jan, FGP Ventures dan pengarahnya mengemukakan representasi melalui peguam dan ia dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak pendakwaan.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2023 dengan lebih suara bersetuju.

Pindaan Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kurangkan tindakan penggulungan syarikat
Kerangka rehabilitasi korporat yang lebih komprehensif merupakan komponen penting bagi memastikan entiti perniagaan terus berdaya saing dan mengurangkan risiko untuk diambil tindakan penggulungan.

Isu MARA Corp: Ujian keikhlasan PN memperjuangkan ekonomi Melayu
MARA Corp tertakluk kepada Akta Syarikat 2016, makanya, apa-apa perubahan jawatan di peringkat tertinggi haruslah disahkan oleh Lembaga Pengarah dan Majlis MARA.

Akta syarikat dipinda untuk kurangkan kos menjalankan perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap pindaan Akta Syarikat 2016 yang diluluskan Parlimen April tahun lalu.