Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu.
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.
“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.
“Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018,” katanya.
Khamis lalu, tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan mendapat perhatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam syarikat itu.
Pada tahun 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mengesahkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan tidak memiliki sebarang saham atau peranan dalam syarikat tersebut.
BACA: Lantik Petron timbul konflik kepentingan - Najib
BACA: Petron bukan pembekal minyak tunggal kenderaan kerajaan persekutuan
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Petron berkata syarikatnya telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan oleh Kementerian Kewangan sama seperti syarikat serta pembekal bahan api lain.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan keyakinan melantik Petron sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.
“Kami juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum. Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami,” katanya.
Petron juga akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisannya mengukuhkan keupayaan logistik dan mengembangkan rangkaian stesen.
Pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.
Dalam pada itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan menjelaskan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan kerana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.
Sinar Harian
Tue Sep 04 2018

Petron berkata pihaknya memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada Mac 2015 dan telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan pada November tahun sama sebagai pembekal peralatan. - Foto Facebook / PetronMalaysia

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.

Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.

Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS
Kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, yang memberi panduan dan sokongan sepanjang proses akreditasi itu.

Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin
Mohamed Khaled memaklumkan, semua tindakan itu boleh diambil berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Akta MQA (Akta 697.

Semua program UPM ada akreditasi - MQA
Bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA membuat audit secara berkala di universiti yang dianugerahi status swaakreditasi.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Akhirnya Petron buka mulut
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.

Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam
Hospital swasta di negara ini dibenar melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017
Proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan
Proses permohonan semula akreditasi Makmal Universiti Sains Malaysia (USM) masih berterusan.