Hospital swasta di negara ini dibenarkan untuk melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata pada dasarnya, tiada kesalahan bagi hospital swasta melakukan pemindahan organ sekiranya mereka mempunyai individu dengan kelayakan mencukupi, memperoleh akreditasi serta pasukan sokongan untuk melakukan pembedahan itu dengan berkesan.
"Mereka (hospital swasta) hendaklah mengikut prosedur beretika yang digariskan oleh kementerian.
"Dari segi sejarah, kami membenarkan mereka (hospital swasta) melakukan pemindahan hati dan buah pinggang dengan syarat mereka mempunyai kemudahan dan petugas (melakukan pemindahan organ)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-10 Chennai Silk Palace di sini, pada Sabtu.
Dr Subramaniam berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan pemindahan organ mendapati mereka terpaksa pergi ke luar negara kerana hospital swasta di sini, sukar untuk memenuhi kriteria baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dua tahun lepas.
Beberapa hospital swasta melakukan pembedahan pemindahan sehingga berlaku kematian dan kementerian menutup operasi mereka.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan peruntukan tambahan bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil dalam Bajet 2016 untuk memastikan program transformasi untuk sekolah-sekolah itu yang sedang berjalan sejak 2010 dapat diteruskan.
Beliau berkata sejak 2009 hingga sekarang, kira-kira RM600 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan sekolah Tamil.
Dr Subramaniam berkata kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada kepentingan dalam menyediakan penjagaan kesihatan asas yang berkesan dalam bajet berkenaan.
Bernama
Sun Oct 18 2015

SUBRAMANIAM: Hospital swasta di negara ini dibenarkan untuk melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. - Gambar Fail
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.

Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.

Taman Negeri Royal Belum terima akreditasi CA|TS
Kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, yang memberi panduan dan sokongan sepanjang proses akreditasi itu.

Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin
Mohamed Khaled memaklumkan, semua tindakan itu boleh diambil berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Akta MQA (Akta 697.

Semua program UPM ada akreditasi - MQA
Bagi memastikan jaminan kualiti program ditawarkan mengikut standard maksimum, MQA membuat audit secara berkala di universiti yang dianugerahi status swaakreditasi.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Akhirnya Petron buka mulut
Petron dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.

Hospital swasta boleh lakukan pemindahan organ jika penuhi kriteria - Dr Subramaniam
Hospital swasta di negara ini dibenar melakukan pembedahan pemindahan organ jika memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Institusi seni bina luar negara tidak lagi diiktiraf secara automatik pada 2017
Proses validasi akan dibuat berdasarkan Polisi dan Prosedur Program Validasi Pendidikan Seni Bina dari institusi luar negara yang dibangunkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Proses permohonan akreditasi makmal USM masih berterusan
Proses permohonan semula akreditasi Makmal Universiti Sains Malaysia (USM) masih berterusan.